Posts

Showing posts with the label asean

Jangan sabotaj Sidang Kemuncak ASEAN...

Image
Pemandu-pemandu teksi di seluruh Lembah Kelang diminta supaya tidak berdemo pada Rabu ini kerana ia perbuatan sia-sia dan tidak patriotik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, berkata pada tarikh itu Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN jika demo itu berterusan, ia juga akan memburukkan imej negara. "Banyak yang kerajaan sudah buat untuk membantu pengusaha dan pemandu teksi. Janganlah gunakan masa seperti ini untuk buat demo kerana ia tidak akan membantu. "Sepatutnya kita berbincang bersama seperti yang dilakukan oleh beberapa persatuan pada Sabtu lalu di mana mereka telah berjumpa pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan berbincang mencari penyelesaian. "Janganlah gunakan masa ini untuk dijadikan satu peluang memburukkan kerajaan padahal banyak yang telah mereka perolehi daripada kerajaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di parlimen, pada Isnin. Menteri yang bertanggungjawab ke atas SPAD itu berkata dia kesal den...