Posts

Showing posts with the label johor

Handal Indah akan kedalikan myBAS Johor Bahru

Image
SPAD MEMETERAI KONTRAK myBAS JOHOR BAHRU 11 April 2018, Johor Bahru – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini telah memeterai kontrak bersama Handal Indah Sdn Bhd (Handal Indah) yang menandakan pra-pelancaran perkhidmatan myBAS Johor Bahru di bawah program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST). Kontrak tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi SPAD, Puan Qamar Wan Noor, dan Pengarah Urusan Handal Indah, En. Lim Han Weng. Pemeteraian kontrak tersebut telah disaksikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Sri Mohamed Khaled Nordin dan Pemangku Pengerusi SPAD Tan Sri Datuk Seri Utama Mohd Isa Abdul Samad. Perkhidmatan myBAS di Johor Bahru akan memperkenalkan 27 laluan utama dan perantara yang mencecah jarak perjalanan 16.8 juta kilometer setahun, dengan kekerapan setiap 20 minit berbanding kekerapan setiap 30 minit sebelum ini. Ini akan membolehkan pengguna di Johor Bahru dan kawasan sekitar untuk menikmati perkhidmatan bas yang boleh dipercayai dan se...

Sultan Johor perkenan jambatan lurus JB-Singapura untuk projek RTS

Image
Sultan Johor telah beri perkenan baginda bagi jajaran jambatan setinggi 25m yang akan merentasi Selat Johor secara lurus ke Woodlands,Singapura untuk projek Rapid Transit System (RTS) Link.   Baginda beri perkenaan itu dalam pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Bin Mat Sah bersama pegawai-pegawai kanan beliau di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada 15 November.   Sebelum ini Sultan Johor yang menyambut baik projek RTS Link bagaimanapun  tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk trek rel yang melengkung, selain jambatannya yang mungkin mencapai ketinggian 30 meter di bahagian tengahnya.   Satu kenyataan SPAD kata  dalam pertemuan dengan baginda SPAD telah mengemukakan tiga pilihan jajaran bagi projek RTS.   Jajaran ini mematuhi panduan teknikal Jabatan Laut Malaysia yang menetapkan had ketinggian jambatan bersama drauf udara minima 25m. Menurut kenyataan SPAD Sultan Johor juga menekankan kepentingan mema...

Siasatan Terhadap Dakwaan Pemanduan Bas Secara Berbahaya Bermula

Image
SPAD MEMULAKAN SIASATAN TERHADAP DAKWAAN PEMANDUAN BAS EKSPRES SECARA BERBAHAYA KUALA LUMPUR, 27 DISEMBER 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan berdasarkan maklumat yang didapati daripada Facebook yang dikongsikan oleh seorang pengadu mengenai perlakuan pemandu bas ekspres. Di dalam video yang dirakamkan oleh pengadu, pemandu dipaparkan telah menghisap rokok dan menggunakan telefon bimbit ketika sedang bertugas. SPAD sedang mengambil langkah segera bagi memastikan kesahihan fakta bagi mengambil tindakan yang sewajarnya. Setelah menghubungi pihak-pihak yang terlibat semalam, Pegawai Penguatkuasa SPAD telah bertemu pengarah syarikat Aerosystem Tour & Travel (M) Sdn Bhd yang mengendalikan bas Mayang Sari tersebut dan pemandu yang terlibat pada jam 9.30 pagi hari ini bagi mengambil keterangan mereka dan mengesahkan maklumat seperti mana yang diperlukan di bawah peruntukan undang-undang. SPAD juga telah bertemu pengadu pada 4.30 petang hari ini ...

Kenyataan SPAD mengenai Operasi Penguatkuasaan terhadap kenderaan persendirian yang menjalankan operasi UBER di Johor Bahru

Image
    JOHOR BAHRU (23 Disember 2014):  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan terhadap kenderaan persendirian yang menjalankan operasi UBER hari ini. Melalui operasi ini, S.P.A.D telah berjaya menahan lima (5) kenderaan milik individu yang akan dituduh di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Kenderaan yang ditahan ini telah disita dibawah Seksyen 80 & Seksyen 81 APAD. Untuk makluman, Operasi Penguatkuasaan ini telah dijalankan dikawasan tumpuan penumpang di sekitar Johor Bahru seperti Lapangan Terbang Sultan Ismail, Legoland dan Pasir Gudang. S.P.A.D ingin menegaskan bahawa sungguhpun aplikasi Uber itu tidak menyalahi undang-undang secara kasarnya, kenderaan yang digunakan haruslah kenderaan yang berlesen. S.P.A.D. tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang serta syarat-syarat pelesenan pengendali terutamanya yang menggunakan kenderaan persendirian untuk m...