Kerajaan susun semula sistem lesen PSV
Kerajaan akan meneliti untuk menyusun semula sistem lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) merangkumi aspek harga dan kaedah kelulusannya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, harga PSV yang tinggi dan kaedah kelulusan agak rumit merupakan antara faktor menyebabkan kekurangan kapten bas ekspres yang menjadi salah satu penyumbang kepada terjadinya kemalangan maut melibatkan pengangkutan awam itu. “Antara sebab lain adalah upah perjalanan yang rendah menyebabkan pemandu bas itu sendiri tidak mahu berkongsi upah dan tidak mahu membawa kapten bas bersama mereka. “Semua perkara ini perlu dibincangkan semula termasuk kebajikan dan bayaran kepada pemandu serta kapten bas bagi memastikan kadar kemalangan bas ekspres dapat dikurangkan seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pengangkutan awam negara,” katanya kepada pemberita dalam pelancaran Makmal Transformasi Bas Ekspres pada Isnin. Yang turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkuta...