Posts

Showing posts with the label gokl

20 bas GoKL baharu tingkatkan perhubungan di Kawasan Pusat Perniagaan

Image
Kuala Lumpur, 4 Jun 2015: Warga kota sekarang boleh menikmati pengangkutan yang lebih baik dengan pengenalan 20 bas GoKL baharu oleh SPAD yang berupaya memberikan mod pengangkutan yang selesa pada masa puncak. Bas baharu GoKL ini menggantikan bas telah beroperasi sepanjang laluan Biru dan Merah daripada 1 Mei, 2015. Bas baharu tersebut dilengkapi dengan internet WiFi, tempat kerusi roda, ‘ramp’ dan lantai rendah bagi kemudahan warga emas dan OKU. Bas yang mematuhi piawai NGV EURO 5 mempunyai kapasiti bagi 65 penumpang. Bagi meningkatkan tahap keselamatan, setiap bas baharu dilengkapi 4 kamera CCTV, sistem audio bagi mengumumkan semua hentian atau destinasi dan sistem penjejakan GPS. Perkhidmatan bas GoKL telah diperkenalkan pada 2012 dengan dua laluan (Hijau dan Ungu) yang beroperasi sepanjang laluan KLCC-Bukit Bintang dan Pasar Seni-Bukit Bintang. Ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan laluan Biru dan Merah pada 2014. Perkhidmatan laluan Merah adalah dari Terminal Bas Jalan T...