Posts

Showing posts with the label lebih muatan

Patuhi undang-undang ketika musim perayaan - SPAD

Image
SPAD MENGINGATKAN PENGENDALI SUPAYA MEMATUHI UNDANG-UNDANG SEMASA MUSIM PERAYAAN DEEPAVALI KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER 2017 – Sebagai inisiatif bagi memastikan keselamatan penumpang, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan ketika perayaan Deepavali pada tahun ini. Suruhanjaya akan menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara intensif selama 10- hari bersama PDRM, JPJ, AADK, JKJR dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya dengan kerjasama pengendali, bermula daripada 12 Oktober sehingga 22 Oktober 2017. Ini termasuk operasi sepanjang 24-jam daripada 12 sehingga 14 Oktober, 17 sehingga 18 Oktober dan 21 sehingga 22 Oktober semasa pergerakan pengguna pengangkutan awam dijangkakan berada di tahap tertinggi. Hasil operasi yang dijalankan semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2017, 407 kesalahan telah dicatatkan, berbanding dengan 390 kesalahan pada 2016. Di antara aktiviti-aktiviti yang turut dilaksanakan dengan kerjasama polis dan penguatkuasa...

Syed Hamid - bukan SPAD yang sebabkan kemalangan

Image
Setiap kali berlaku kemalangan yang membabitkan bas, pasti ada pihak-pihak tertentu yang menyalahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sekali dua, kira okaylah. Tetapi kalau selalu sangat berlaku, kalau kita berada di  kerusi Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, kita pun akan berasa rimas. Pengerusi SPAD itu pun merasa musykil di mana logiknya apabila berlaku kemalangan, SPAD dipersalahkan sehinggakan ada pihak mendesak supaya suruhanjaya itu diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT). "Saya lihat banyak sangat spekulasi. Ada orang bila berlaku kemalangan, salahkan SPAD. Kita nak memperbaiki sistem pengangkutan awam darat. "Adalah lebih baik kita tumpukan kepada masalah sebenar sama ada SPAD di bawah bidang kuasa siapa atau masalah kemalangan yang berlaku. Adakah kemalangan itu disebabkan kegagalan SPAD? "Saya fikir ini bukan isunya. Nak letak bawah siapa pun terpulang kepada Kerajaan. Bukan SPAD yang menentukan kita patut berada di bawah siapa....

Taxi Fare Revision Due to Overall Cost's Demand

Image

SPAD pakai treler angkut teksi!

Image
Sesudah beratus kali operasi dilakukan dan masih ramai pemandu teksi yang degil tak mahu gunakan meter, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kali ini mengambil langkah drastik menggunakan treler untuk mengangkut teksi yang disita "on-the-spot". Dalam satu operasi khas merangkumi kawasan Subang sampai ke Sungai Buloh dan Puchong, unit penguatkuasaan SPAD yang diketuai oleh Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad pada Rabu, 30 pemandu diberkas kerana melakukan pelbagai kesalahan. "Kesalahan paling banyak sekali ialah pemandu teksi tak guna meter di mana kita dapati 27 melakukan kesalahan itu. "Dua orang tidak ada kad pemandu dan satu lagi kad pemandunya mati dan tamat tempoh," kata Che Hasni kepada pemberita selepas tamat operasi. Che Hasni berkata operasi berkenaan dianggap kejayaan 100 peratus. "Kita hantar 30 pasukan penyamaran untuk membuat operasi. Kiranya kita dapat 100% mengena. "Kita sudah buat operasi sebegini kerapkali ...

Sepanjang Januari-Februari 526 teksi dikesan tak guna meter dan 102 disita

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menahan 526 Teksi Tak Guna Meteri (TGM) sejak awal Januari tahun ini. Daripada jumlah itu 102 teksi telah disita dengan berpandukan kepada peruntukan di bawah Seksyen 81 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata, daripada 102 teksi itu, 15 buah telah disita dalam operasi TGM yang dijalankan pada Rabu. Katanya, kes teksi TGM disiasat di bawah seksyen 22 APAD 2010 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM500 ribu atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Menurut Hasni, hukuman berat dikenakan untuk memastikan pemandu teksi lebih bertanggungjawab dan tidak menipu penumpang terutama pelancong dan rakyat tempatan. “Tindakan sita lebih berkesan kerana jika dikeluarkan notis sahaja, mereka ambil mudah,” katanya kepada  media selepas tamat operasi berkenaan. Operasi TGM yang bermula sejak awal tahun i...

SPAD tangkap 10 ulat bas dalam Ops Parasit/Serkap di Pudu Sentral.

Image
Sepuluh “ulat” yang cuba mendesak pelanggan membeli tiket bas berjaya ditahan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam Ops Parasit/Serkap yang diadakan di Pudu Raya, bermula 10 pagi hingga lima petang, Rabu. Operasi berkenaan diketuai oleh Pengurus Besar Besar Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, membabitkan 12 anggota dan seorang pegawai SPAD serta beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut Che Hasni, semua yang ditahan akan dakwa di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM1 ribu dan tidak melebihi RM50 ribu atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. “Operasi ini diadakan memandangkan cuti panjang Krismas, SPAD mahu mempastikan tidak berlaku sebarang penipuan penjualan tiket. Kami juga mahu memastikan pengendali dan pemandu bas tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh APAD untuk memastikan keselamatan penumpang,” kata...

Pencerahan Mengenai Isu-isu Yang Dibangkitkan Oleh PERS1M Kepada SPRM

Image
SIARAN MEDIA PENCERAHAN MENGENAI ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PERS1M KEPADA SPRM PADA 19 DISEMBER 2014 KUALA LUMPUR (20 Disember 2014) – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memberikan pencerahan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan oleh PERS1M kepada SPRM pada 19 Disember 2014. Antara isu yang telah dibangkitkan adalah mengenai hukuman penjara yang telah dikenakan terhadap pemandu teksi disebabkan ketiadaan kad pemandu yang sah dan mengenai pengunaan aplikasi UBER. SPAD dengan ini mahu menjelaskan sungguhpun Kad Pemandu itu satu dokumen pengenalan yang ringkas, implikasinya besar terhadap keselamatan penumpang.  Ini ternyata dengan kaitan kes-kes jenayah yang melibatkan teksi, di mana pemandu teksi tidak dapat dikenalpasti kerana ketiadaan Kad Pemandu ketika penumpang menaiki kenderaan. Di dalam kes yang melibatkan empat (4) pemandu teksi yang telah disabitkan oleh Mahkamah atas kesalahan tidak mempunyai Kad Pemandu, SPAD telah mengeluarkan kompaun pada asaln...

SPAD serah kepada sekolah dan ibubapa tetapkan tambang bas sekolah.

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyerahkan kuasa kepada sekolah dan ibubapa untuk menetapkan kadar tambang bas sekolah mulai tahun depan. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar pada sidang media di Kuala Lumpur, Jumaat, berkata keputusan itu dibuat setelah suruhanjaya mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak yang berkepentingan. "Dengan keputusan deregulasi tambang bas sekolah ini,  bermakna SPAD menukar peranannya daripada menetapkan tambang kepada memantau dan mengawal selia sahaja. "Ini bermakna pihak sekolah dan ibubapa menerusi Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) boleh berunding dengan pengendali bas bagi menentukan kadar tambang mengikut jenis dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. "Mereka juga boleh memutuskan untuk meluluskan atau menolak permohonan pengendali bas sekolah," katanya. Menurut Syed Hamid, sebagai salah satu langkah mengatasi masalah bas sekolah "sapu" SPAD akan memudahkan permohonan lesen pen...

Laluan Merah dan Biru Bas GO KL disusun semula demi keselesaan.

Image
PENAMBAHBAIKAN LALUAN MERAH DAN LALUAN BIRU BAGI PERKHIDMATAN BAS BANDAR GO KL KUALA LUMPUR: 23 September 2014  –Mulai 1hb Oktober 2014, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) akan menambahbaik Laluan Merah dan Laluan Biru perkhidmatan bas Bandar GO KL. Melalui penilaian prestasi yang telah dijalankan keatas kedua-dua laluan ini semenjak mula beroperasi, S.P.A.D telah mengambil keputusan untuk melaksanakan langkah penambahbaikan laluan Merah dan Biru ini demi meningkatkan kadar penggunaan perkhidmatan ke tahap yang optima. Langkah penambahbaikan ini merangkumi perubahan lokasi mula dan akhir laluan, penambahan perkhidmatan ke destinasi tumpuan orang ramai dan pemberhentian perkhidmatan ke destinasi yang kurang mendapat sambutan pengguna Go KL. Untuk makluman, perkhidmatan bas Bandar GO KL ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Ogos 2012 dengan dua (2) laluan sahaja iaitu Laluan Hijau dan Laluan Ungu dan kemudiannya Laluan Merah dan Laluan biru pada...

Ops Hippo SPAD tahan 25 lori bawa lebih muatan.

Image
Awal pagi Jumaat, sementara peminat bolasepak di seluruh negara khusyuk menonton siaran langsung perlawanan pembukaan Piala Dunia, sekumpulan pemandu lori juga sibuk beroperasi di sekitar Puchong dengan membawa muatan lebih daripada had yang dibenarkan. Tetapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tersungkur ke tanah jua! Pemandu-pemandu lori berkenaan tidak menyedari ketika itu unit penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang menjalankan Ops Hippo sekitar Puchong. Lantas 25 lori ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan. Daripada jumlah itu 12 lori didapati membawa lebih muatan, 12 mengubahsuai panel sisi dan sebuah kerana melakukan halangan jalanraya. Di badan lori jelas tertera berat yang dibenarkan adalah 30 tan, tetapi muatan yang dibawa melebihi antara 100 hingga 160 peratus! Ops Hippo itu diketuai oleh Pengurus Besar Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad yang dibantu oleh lapan pegawai dan 27 anggota. Ia bermula jam 4 pagi...