Posts

Showing posts with the label klia

Pemandu, pengusaha teksi, bas, rel terima anugerah

Image
Lima pemandu teksi diberi penghargaan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana kejujuran memulangkan barangan berharga yang ditinggalkan oleh penumpang mereka. Ismail Md Rose, Chong Theam Kwai, Zamrod Adam, Megat Iskandar Megat Rusli dan Mohamad Harisham Jusoh masing-masing menerima sijil penghargaan pada majlis makan malam Simposium Industri Pengangkutan Awam Darat (LPT) di Kuala Lumpur, Ahad. Penghargaan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Azharuddin Mat Sah. Ismail menerima penghargaan kerana kejujurannya memulangkan laptop dan beberapa barangan peribadi seorang penumpang yang menaiki teksinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Manakala Chong pula memulangkan tripod kamera milik pengurus pasukan futsal Thailand semasa Kejohanan Sukan SEA yang lalu. Kisah Zamrol menjadi viral di media sosi apabila dia berusaha sendiri memulangkan dompet kepunyaan K...

Terima Kasih Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar

Image
SPAD MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA YBHG TAN SRI DATO' SERI DR. SYED HAMID SYED JAAFAR ALBAR ATAS SUMBANGAN DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM DARAT Kuala Lumpur, 8 Jun 2017 – Anggota Suruhanjaya, pengurusan dan kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar, atas kepimpinan beliau selama tujuh tahun yang telah menjadikan SPAD sebagai agensi utama bagi menyelaraskan perancangan pengangkutan awam darat. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar bersara sebagai Pengerusi berkuatkuasa pada 3 Jun 2017. Sejak pelantikan beliau oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak sebagai Pengerusi SPAD pada Jun 2010, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menerajui perjalanan SPAD bagi melaksanakan transformasi di dalam industri pengangkutan awam darat, satu agenda kritikal di bawah Program Transformasi Nasional. Di bawah kepimpinan beliau, SPAD telah berja...

Projek KVDT sudah 28 peratus dan siap 2019

Image
Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) sudah mencapai 28 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2019.   Projek yang membabitkan kos RM1.4 billion itu telah bermula sejak pertengahan tahun lalu membabitkan landasan sejauh 42 kilometer di antara jajaran Rawang-Salak Selatan dan Sentul-Simpang Batu.   Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata, projek itu membabitkan kerja-kerja naiktaraf 16 stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), sistem isyarat, elektrik dan pemasangan sistem radio metra.   Azharuddin berkata demikian pada sidang media di tapak projek di Rawang, Selangor, Jumaat.   Menurut Azharuddin lagi, walaupun ada kalanya berlaku kelewatan kerana beberapa faktor, dia yakin projek berkenaan akan siap mengikut jadual.   "Memang ada tergendala seketika kerana faktor cuaca dan teknikal tetapi saya yakin kontraktor yang bertanggungjawab, Dayamaju Infrastruc...

Malaysia-Singapura tandangani MoU projek HSR

Image
Bayangkan - dalam masa 10 tahun lagi, tak mustahil kita bersarapan di Kuala Lumpur, makan tengahari di Singapura dan sempat kembali untuk makan malam di Kuala Lumpur! Itulah yang dibayangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas menyaksikan majlis menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di Putrajaya, Selasa. Turut bersama menjadi saksi ialah rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong. Menandatangani bagi pihak kerajaan Malaysia ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rahman Dahlan dan Menteri Penyelaras Infrastruktur dan juga Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Hwan. Dalam ucapannya, Najib berkata,  termeterainya MoU itu membuktikan kesungguhan kedua-dua negara untuk menjadikan projek berkenaan satu kenyataan dan pada masa yang sama memperatkan hubungan. Najib berkata, MoU itu akan dijadikan garis panduan untuk Perjanjian Dua Hala yang sah antara kedua-dua...

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

Image
Pembinaan jajaran LRT3 yang bermula dari Bandar Utama dan berakhir di Klang dijangka bermula awal tahun hadapan dan siap menjelang 2020. Jajaran sejauh 36 kilomter itu akan mempunyai 25 buah stesen yang jarak di antaranya tidak melebihi dua kilometer. Pengarah  Urusan Kumpulan Prasarana, Azmi Abdul Aziz, berkata, jajaran berkenaan akan bermla dari sambungan stesen LRT Sri Pentas Bandar Utama dan melalui kawasan Damansara Utama-Bandar Utama-Lebuhraya SPRINT – Tropicana –NKVE-Subang sebelum bertembung di laluan jajaran LRT Kelana Jaya yang sedang dalam pembinaan, iaitu Stesen Glenmarie. Menurutnya dari Glenmari, LRT itu akan terus ke Stadium Shah Alam dan melalui persisiran Lebuhraya Persekutuan-PKNS-ICT-UiTM sebelum menamatkan perjalanan di Stesen Johan Setia di Klang. Bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur, pada Khamis, Azmi berkata pihaknya juga akan berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri untuk membangunkan kawasan-kawasan yang masih belum dibangunkan berhampiran jajaran...

MRT Sungai Buloh-Kajang siap 2017

Image
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, pembinaan jajaran 1 MRT Sungai Buloh-Kajang adalah mengikut jadual dan kini 60 peratus siap dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang 2017. Katanya lagi, penyambungan LRT Jajaran Ampang pula sudah mencapai tahap 65 peratus dan LRT Kelana Jaya 77 peratus. Fasa pertama dijangka siap sepenuhnya pada Oktober tahun ini dan fasa terakhir pada Mac 2016. “Pada masa akan datang, Kuala Lumpur akan mempunyai kesalinghubungan yang lebih baik apabila semua projek MRT, LRT dan keretapi laju KL-Singapura siap. Pada masa itu semua orang akan lebih suka menggunakan pengangkutan awam sebagai mod utama daripada memandu kenderaan sendiri,” katanya. Syed Hamid berkata demikian ketika melancarkan ikon baharu Express Rail Link (ERL) di Kuala Lumpur, pada Khamis. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor. Ikon terbahar...