Posts

Showing posts from July, 2014

Separa Landasan Rel Sektor Gemas - Gua Musang Ditutup Serta-Merta

Image
SPAD ARAHKAN PENUTUPAN SEPARA LANDASAN REL SEKTOR GEMAS-GUA MUSANG DILAKSANAKAN SERTA MERTA Gambar Arkib KUALA LUMPUR, 11 Julai 2014  – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) hari ini telah mengarahkan KTMB agar penutupan landasan secara separa di sektor Gemas – Gua Musang dilaksanakan dengan serta merta selepas insiden kegelinciran tren berhampiran Stesen Kemayan, Pahang pada 8 Julai 2014.Tindakan ini akan membolehkan KTMB menjalankan kerja-kerja memeriksa serta menyelenggara landasan secara komprehensif di sektor berkenaan pada waktu siang sebelum membenarkan tren beroperasi semula pada waktu malam. Sebelum ini, S.P.A.D. telah bersetuju pada 26hb Jun 2014 untuk KTMB menutup secara spara landasan KTM sektor Gemas-Gua Musang mulai  15hb Ogos 2014 .  Keputusan ini dibuat selepas mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan oleh KTMB serta komitmen pengendali rel ini untuk mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko kemalangan dan menjamin keselamatan