Rapid KL siasat kejadian bas terbakar di Wangsa Maju

Rapid Bus Sdn Bhd pengendali perkhidmatan bas Rapid KL di Lembah Klang ingin mengesahkan bahawa sebuah bas Rapid KL telah telah terbakar berhampiran pusat membeli belah Aeon Big Wangsa Maju.

Kejadian ini berlaku kira-kira jam 4 petang melibatkan bas laluan T521 (LRT Sri Rampai - Seksyen 10 Wangsa Maju). Insiden berlaku apabila bas berhenti secara tiba-tiba dan kapten bas terhidu bau asap.

Lantas kapten bas menyuruh kesemua 6 penumpang di dalam untuk keluar dari bas tersebut.
Semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. Kebakaran ini telah menyebabkan kenderaan yang berada berhampiran lokasi turun rosak dijilat api.

Rapid KL memohon kepada pemilik kenderaan yang terlibat untuk menghubungi kami di talian bantuan 03-7885 2525 atau emel kepada suggest@rapidkl.com.my bagi tujuan tuntutan pampasan.
Rapid KL akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi menyiasat punca kejadian serta kos kerugian.

Keselamatan dan keselesaan penumpang adalah keutamaan kami dalam memberikan servis yang terbaik.

Rapid KL ingin memohon maaf di atas insiden ini yang menyebabkan gangguan lalulintas disekitar lokasi.

Sementara itu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan kata ia memandang serius insiden kebakaran bas itu.
Sehubungan dengan itu SPAD akan menjalankan siasatan bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) untuk mengenal pasti punca insiden tersebut dan sekaligus menjalankan audit terperinci di atas pematuhan Kod Amalan Keselamatan Industri SPAD (ICOP) oleh Rapid KL.
Dalam pada itu Prasarana juga akan diarahkan untuk menyerahkan satu laporan terperinci mengenai insiden tersebut kepada SPAD.-13/10/2016

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia