Posts

Showing posts with the label sumbangan

Terima Kasih Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar

Image
SPAD MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA YBHG TAN SRI DATO' SERI DR. SYED HAMID SYED JAAFAR ALBAR ATAS SUMBANGAN DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM DARAT Kuala Lumpur, 8 Jun 2017 – Anggota Suruhanjaya, pengurusan dan kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar, atas kepimpinan beliau selama tujuh tahun yang telah menjadikan SPAD sebagai agensi utama bagi menyelaraskan perancangan pengangkutan awam darat. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar bersara sebagai Pengerusi berkuatkuasa pada 3 Jun 2017. Sejak pelantikan beliau oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak sebagai Pengerusi SPAD pada Jun 2010, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menerajui perjalanan SPAD bagi melaksanakan transformasi di dalam industri pengangkutan awam darat, satu agenda kritikal di bawah Program Transformasi Nasional. Di bawah kepimpinan beliau, SPAD telah berja...

SPAD Gesa Pengendali E-Hailing Amal Standard Keselamatan

Image
SPAD MENGGESA PENGENDALI E-HAILING UNTUK MENGAMALKAN STANDARD KESELAMATAN YANG TERBAIK 26 Mei 2017  - SPAD ingin menzahirkan simpati kepada penumpang wanita yang baru-baru ini mengalami pengalaman yang menakutkan dan menggerunkan di dalam satu kejadian rompakan yang melibatkan pemandu Uber bersama seorang lagi individu yang telah bersubahat. Walaupun kejadian ini diklasifikasikan sebagai satu perbuatan jenayah di bawah bidang kuasa PDRM, SPAD amat memandang serius insiden tersebut. Dengan itu, Suruhanjaya menyarankan agar Uber mengkaji semula proses saringan pemandu mereka pada kadar yang segera. SPAD sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang pengangkutan awam darat. Apabila peraturan e-hailing diluluskan oleh Parlimen (dijangka pada Julai 2017), pengendali perkhidmatan e-hailing akan bertanggungjawab untuk mengamalkan standard keselamatan dan mutu perkhidmatan yang tertinggi. Di bawah pindaan yang dicadangkan bagi Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, kesemua peman...

SPAD Syor Batal Lesen PSV Bagi Pemandu Yang Terbabit Dengan Salahlaku

Image
SPAD MEMULAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PENGENDALI DAN PEMANDU BAS YANG TERBABIT DALAM KEJADIAN SALAH LAKU YANG DIPAPARKAN DI DALAM VIDEO VIRAL   Suruhanjaya mengesyorkan pembatalan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV)  yang dimiliki pemandu  6 Februari, 2016 –Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melengkapkan siasatan berkaitan kejadian salah laku seorang pemandu bas ekspres terhadap penumpang ketika di dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang pada 25 Januari 2016 yang telah dipaparkan di dalam sebuah video viral.  Berikutan siasatan yang telah dijalankan oleh SPAD pada 1 Februari, 2016 bersama syarikat bas ekspres, pemandu dan seorang saksi, SPAD telah memulakan tindakan undang-undang terhadap pengendali bas kerana melanggar syarat-syarat lesen, yang termasuk kegagalan untuk memastikan pemandu bas sentiasa berkelakuan baik dan beretika ketika bertugas. SPAD juga telah mengeluarkan surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi m...

Pemandu teksi tagih berita baik Bajet 2016

Image
Pemandu-pemandu teksi menaruh harapan tinggi kepada Kerajaan supaya tidak mengetepikan kepentingan mereka dalam pembentangan Bajet pada 23 Oktober ini. Sehubungan itu Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) telah menghantar memorandum empat perkara kepada Perdana Menteri. Empat perkara berkenaan ialah pengurangan atau penundaan kenaikan harga NGV, pengurangan harga tol di dalam bandar dan pengurangan GST untuk pengangkutan awam. PETEKMA juga mahukan Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya mengharamkan aplikasi atas talian yang digunakan oleh UBER, GrabCar dan seumpamanya. Memorandum berkenaan telah dihantar kepada Penasihat Sosial dan Kebudayaan Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, yang juga penasihat PETEKMA. Pengerusi PETEKMA, Mohd Syahrir Abdul Aziz mengumumkan perkara berkenaan kepada wartawan selepas mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu di Kuala Lumpur pada Sabtu. Syahrir berkata, kenai...

Kadar baru tambang teksi jalan terus...hanya bas ekspress dan rel tunda

Image
Para pemandu dan pemilik teksi boleh menarik nafas lega.Setelah pengumuman kadar baru tambang diumum Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) Khamis lalu ditunda Sabtu...petang Isnin kerajaan putuskan perlaksanaanya diteruskan. Sebaliknya hanya kadar baru tambang bas ekspress dan rel sahaja akan ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan. Persatuan-persatuan pemandu teksi sebelum ini telah membuat rayuan agar kerajaan terus kadar baru tambang kerana ia sudah tertangguh sejak enam tahun lampau. Malah banyak juga pemandu dan pemilik teksi yang sudah tukar meter ikut kadar tambang baru sejurus pengumuman dibuat menerusi sidang akhbar Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar Khamis lalu. Sebelum ini ekoran bantahan orangramai pada kadar baru pengangkutan awam,kabinet dalam mesyuarat Jumaat lalu putuskan semua kadar baru tambang teksi,bas ekspres dan rel ditangguhkan. Ia diumum oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar di Muar pagi Sabtu. Petang Isni...

SPAD akan nilai kerosakan pengangkutan awam akibat banjir

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan ke Kelantan Jumaat ini bagi menilai kerosakan pengangkutan awam di negeri itu yang terjejas akibat banjir sebelum mengesyorkan bentuk atau jumlah peruntukan bantuan yang boleh diberikan oleh kerajaan kepada mereka. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, pengangkutan awam yang dimaksudkan itu membabitkan perkhidmatan rel, teksi/kereta sewa, bas henti-henti dan bas sekolah. “Buat masa ini saya tak tahu sejauh mana kerosakan itu. Apa yang saya tahu banyak bas ekspres, henti-henti, bas sekolah serta kereta sewa yang musnah atau mengalami kerosakan teruk akibat banjir. Kita akan minta mangsa terbabit mengemukakan kepada SPAD nilai kerosakan sebelum kami mengesyorkan bantuan kepada kerajaan,” katanya. Syed Hamid berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan bernilai RM126,500 daripada pengendali-pengendali industri pengangkutan awam dan badan bukan kerajaan untuk diserahkan kepada mangsa banjir di ibupe...