Posts

Showing posts with the label teksi

Pemandu teksi pula dapat durian runtuh dari PM…

Image
Seramai 67,000 pemandu teksi di seluruh negara dapat khabar gembira dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau mengumumkan pemberian Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia yang bernilai RM800. Ia merupakan kad prabayar yang boleh diguna untuk membeli petrol dan NGV Petronas. Pengumuman itu dibuat dalam himpunan bersama 10,000 warga teksi di MAEPS, Serdang pada Jumaat. Najib memberitahu pemberian kad berkenaan melibatkan dana RM53.6 juta. Kad berkenaan juga membolehkan mereka mendapat kemudahan lain di bawah program kesetiaan Mesra (Petronas) termasuk pelindungan insurans kemalangan peribadi sehingga RM50 ribu. "Saya percaya dengan penggunaan kad ini pemandu teksi dapat mengurangkan kos operasi harian, dan dengan itu meningkatkan pendapatan" katanya. Satu lagi berita gembira yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada majlis itu ialah pemandu teksi yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi gagal kerana berdaftar sebagai pemilik s...

Perkhidmatan rel bandar semakin popular

Image
Nampaknya segala usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengembangkan rangkaian pengangkutan awam darat di Lembah Kelang telah menerima sambutan positif daripada rakyat. Jumlah penumpang harian bagi pengangkutan rel dan bas di Lembah Kelang pada tahun lalu berjumlah 1,206,111, meningkat 3.7 peratus daripada tahun 2016, iaitu 1,162,717. Jumlah penumpang harian bagi pengangkutan rel bandar pada tahun lalu mencatatkan peningkatan 7.5 peratus, iaitu 694,057 berbanding 645,601 pada 2016. Faktor utama peningkatan ini ialah pembukaan jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang pada 17 Julai tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah mengumumkan demikian pada majlis taklimat kepada media di Kuala Lumpur, Selasa. Beliau berkata, jumlah penumpang harian perkhidmatan KTM Komuter bagaimanapun menurun 14.5 peratus disebabkan kerja-kerja pembaikpulihan trek berganda Lembah Klang (KVDT). Begitu juga jumlah penumpang harian mono...

Pindaan APAD - pemandu teksi tarik nafas lega

Image
Keputusan parlimen meluluskan Pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengenai e-hailing kelmarin akan memberi banyak manfaat dan pasti membuat pemandu teksi menarik nafas lega. Ini kerana selain dapat meneruskan pekerjaan seperti biasa, mereka juga pada masa yang sama boleh menjadi pemandu UBER atau Grabcar atau mana-mana syarikat yang mempunyai lesen e-hailing. Malah mereka mempunyai pilihan sama ada mahu mengenakan caj mengikut meter atau caj yang digunakan dalam aplikasi e-hailing. Perkara ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azharuddin Mat Sah pada sidang media, Selasa. "Daripada bergaduh sesama sendiri adalah lebih baik berkolaborasi. Saya mengalu-alukan syarikat-syarikat e-hailing mengajak pemandu-pemandu teksi menyertai mereka. "Pemandu teksi tak perlu mengambil lesen khas. Mereka boleh mendaftar dengan mana-mana syarikat e-hailing. Tetapi terpulang kepada syarikat itu untuk menerima mereka," katanya...

Lesen individu... hadiah raya 300 pemandu teksi daripada SPAD

Image
Seramai 300 pemandu teksi dan kereta sewa akan memyambut kedatangan Hari Raya dengan berlapang dada apabila mereka menerima lesen individu dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada satu majlis ringkas di ibupejabat suruhanya itu, Rabu. Pemandu-pemandu berkenaan adalah kumpulan kedua yang menerima lesen individu di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) setelah masing-masing telah tamat tempoh perjanjian sewa pajak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri yang menyempurnakan majlis itu, berkata pemberian lesen teksi individu itu adalah satu inisiatif progresif oleh Kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan bagi menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi di bawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka. Katanya pemberian lesen individu itu diadakan menerusi inisiatif TITP bagi menambah baik kebajikan pemandu teksi, sekali gus mewujudkan daya saing yang lebih sihat di pasaran masa kini. Menurutnya lagi, kumpulan...

Keselamatan pengguna e-hailing jadi keutamaan - SPAD

Image
SPAD AKAN MENGETATKAN PROSES SARINGAN PEMANDU E-HAILING DAN MENGARAHKAN PENGENDALI E-HAILING UNTUK MEMPERCEPATKAN PENGENALAN BUTANG S.O.S. Jun 13, 2017  – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini telah mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan Grab Malaysia bagi membincangkan langkah-langkah permasalahan keselamatan yang serius, berikutan penahanan seorang pemandu yang didakwa telah merogol seorang penumpang wanita. Demi keselamatan penumpang, beberapa langkah akan diwajibkan ke atas pengendali e-hailing sebelum berlangsungnya pembacaan kedua bagi pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) di Parliamen pada bulan Julai nanti. Langkah-langkah tersebut adalah: Bermula pada 16 Jun, pengendali e-hailing diwajibkan mengemukakan rekod-rekod pemandu kepada SPAD. Ini adalah untuk membolehkan Suruhanjaya melaksanakan saringan latar belakang yang lebih ketat dengan usaha sama agensi-agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan JPJ. Bagi men...

Pengusaha teksi perlu terima e-hailing...

Image
Pengusaha dan pemandu teksi perlu berhenti merungut, sebaliknya menerima perubahan masa dan menggunakan teknologi seperti perkhidmatan e-hailing seperti yang dibuat oleh UBER dan Grabcar.   Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, pihaknya menyedari ramai dalam kalangan pemandu teksi merungut apabila UBER dan Grabcar beroperasi kerana ia menjejaskan pendapatan mereka, namun SPAD tidak boleh menghalang perkhidmatan berkenaan kerana ia mempunyai permintaan dan turut digunakan di beberapa negara maju lain.   Syed Hamid Albar berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Individu kepada 300 pemandu teksi yang telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka di Subang Jaya, Jumaat.   "Satu perkara yang kita tak dapat tahan ialah perubahan. Bila kita berdepan dengan perubahan kita sama ada boleh melihat dan merungut atau kita mengambil pendekatan untuk mencari ruang yang terbaik untuk mendapat faedah dari...

300 pemandu teksi dapat lesen individu

Image
Seramai 300 pemandu teksi yang telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka, menerima Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Individu dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pada Jumaat. Kumpulan penerima itu adalah sebahagian daripada 3.007 pemohonan yang telah diterima oleh SPAD sejak Ogos 2016 di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Kesemua 300 penerima Lesen Individu itu juga menerima geran tunai Kerajaan berjumlah RM5 ribu untuk membeli kenderaan baharu. Geran berkenaan adalah sebahagian daripada RM150 juta yang diperuntukkan Kerajaan dalam Bajet 2017. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata pemberian lesen individu itu adalah salah satu langkah Kerajaan untuk membantu pemandu dan pengusaha teksi untuk keluar dari sistem pajak. "Saya harap dengan pemberian surat tawaran kelulusan ini, kita dapat melahirkan satu generasi usahawan teksi yang berkemampuan berdaya saing pada ketika industri sedang berhadapan dengan kemajuan teknologi ...

Kerajaan susun semula sistem lesen PSV

Image
Kerajaan akan meneliti untuk menyusun semula sistem lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) merangkumi aspek harga dan kaedah kelulusannya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, harga PSV yang tinggi dan kaedah kelulusan agak rumit merupakan antara faktor menyebabkan kekurangan kapten bas ekspres yang menjadi salah satu penyumbang kepada terjadinya kemalangan maut melibatkan pengangkutan awam itu. “Antara sebab lain adalah upah perjalanan yang rendah menyebabkan pemandu bas itu sendiri tidak mahu berkongsi upah dan tidak mahu membawa kapten bas bersama mereka. “Semua perkara ini perlu dibincangkan semula termasuk kebajikan dan bayaran kepada pemandu serta kapten bas bagi memastikan kadar kemalangan bas ekspres dapat dikurangkan seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pengangkutan awam negara,” katanya kepada pemberita dalam pelancaran Makmal Transformasi Bas Ekspres pada Isnin. Yang turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkuta...

Isu tambang teksi RM800, SPAD akan siasat dan bertindak tegas dalam hal ini

Image
MAKLUMBALAS SPAD MENGENAI INSIDEN PENUMPANG DIKENAKAN TAMBANG RM800 BAGI PERJALANAN DARI KLCC KE MASJID NEGARA  Kuala Lumpur, 23 Disember 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius terhadap laporan yang diterima baru-baru ini daripada pelancong yang mengadu telah dikenakan tambang RM800 bagi perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara.  Suruhanjaya telah memulakan siasatan mengenai insiden tersebut susulan daripada pertemuan dengan pengadu di pejabat SPAD, Pudu.  SPAD ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan dan tindakan segera akan diambil terhadap pengendali. Ini termasuk tindakan menarik balik Lesen Pengendali sekiranya didapati bersalah atas kegagalan menjaga teksi yang telah dilesenkan kepada pengendali.  Pengendali pengangkutan awam mempunyai tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan jujur kepada semua pengguna pengangkutan awam darat, tidak kira bagi pelancong mahupun penumpang tempatan. ...

Undang-undang berkaitan E-Hailing akan dipinda demi masa depan.

TINDAKAN SEDANG DIAMBIL UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG BAGI MENGAWAL SELIA APLIKASI E-HAILING Kuala Lumpur, 18 November 2016 – Dalam usaha melaksanakan Program Transformasi Industri Teksi (TITP), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menjalankan langkah-langkah segera bagi inisiatif yang tidak memerlukan pindaan undang-undang oleh Parlimen, seperti liberalisasi permit teksi kepada pemandu teksi individu di bawah sistem model Pajak. Sejak 1 September 2016, sebanyak 1,600 permohonan telah diterima. Inisiatif ini terus mendapat sambutan baik daripada pemandu teksi kerana ianya memberikan kebebasan untuk memilih model perniagaan yang paling sesuai dengan taraf ekonomi yang ingin dicapai pada masa hadapan.  Bagi aplikasi e-hailing, Suruhanjaya telah mengambil langkah-langkah untuk meminda undang-undang berkenaan dengan perundingan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan. Setelah dimuktamadkan, pindaan yang dicadangkan itu akan dibentangkan kepada Kabinet sebelu...

Jangan Ugut Keputusan Kerajaan - Syed Hamid

Image
Tak payah ugut-ugut sebab keputusan adalah muktamad, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar ketika diminta ulas ugutan persatuan teksi nak sokong pembangkang atau parti Bersatu yang jika kerajaan membenarkan UBER-Grab Car beroperasi. Beliau berkata demikian selepas sidang media mengumumkan keputusan kabinet meluluskan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) di ibupejabat SPAD di Kuala Lumpur, Selasa. "Saya fikir ugutan ini tak patut timbul kerana kalau kita tengok di segi manfaat dan perkara-perkara yang telah lakukan untuk golongan ini amat banyak sekali. "Kerajaan buka peluang supaya industri ini maju, pengguna dan pengusaha pun untung. Saya harap mereka dapat melihat secara positif. Tak payahlah ugut kita dan kerajaan. Tengok apa kesan pelaksanaannya. "Keputusan kerajaan mutamad. Sama ada dia cakap akan masuk parti pembangkang atau tidak, itu tidak menjadi isu. Yang paling penting kita na...

11 Program Untuk Majukan Industri Teksi

Image
SPAD MEMPERKENALKAN PERANCANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN INDUSTRI TEKSI Kerajaan meluluskan pelan pembaharuan untuk mengawal selia ‘e-hailing’ dan menyediakan teksi yang sedia dengan ruang untuk berkembang dan kekal mampan di dalam era persaingan terkini KUALA LUMPUR (16 OGOS 2016) - Kabinet telah meluluskan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang menggunakan pendekatan inklusif dan menyeluruh untuk menyelesaikan isu-isu struktur yang sudah lama melanda industri dengan memperkenalkan pembaharuan bagi seluruh industri yang bertujuan mewujudkan persekitaran industri yang adil bagi pemandu, pengendali dan pengguna. TITP berasaskan empat (4) prinsip utama, iaitu: memanfaatkan penggunaan teknologi, meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi; meningkatkan mutu perkhidmatan pemandu dan menyemak semula kadar tambang teksi; ini akan dilaksanakan melalui sebelas (11) program. Pembaharuan yang telah diluluskan oleh Kerajaan, menunjukkan arah tuju masa hadapan bagi industri t...

Isu Uber...Pemandu teksi jangan bertindak sesuka hati - SPAD

Image
Pemandu teksi dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri dan bertindak di luar batasan terutama berkaitan UBER.   Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata pihaknya sedang mencari cara terbaik untuk menyelesaikan persengketaan antara pemandu teksi dan UBER.   "Sebagai rakyat Malaysia yang dikenali kerana pelbagai bangsa boleh hidup aman damai, kita tidak boleh sesuka hati mengambil tindakan," katanya kepada wartawan selepas majlis berbuka puasa SPAD di Kuala Lumpur, Khamis.   Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden sekumpulan 50 lelaki dipercayai pemandu teksi yang bertindak keterlaluan dengan menyerang beberapa orang pengguna perkhidmatan UBER, termasuk pelancong, di KL Sentral baru-baru ini.   Beliau berkata pemandu teksi tidak seharusnya bertindak sedemikian kerana ia akan menjejaskan perkhidmatan mereka.   "Kejadian itu membabit...

Transformasi Industri Teksi Kian Hampir

Image
   TRANSFORMASI INDUSTRI TEKSI KIAN HAMPIR Penyelesaian akan menjurus kepada mewujudkan persaingan yang adil pada masa hadapan KUALA LUMPUR, 18 Jun 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan yang memperincikan penyelesaian bagi meningkatkan tahap mutu perkhidmatan serta menggalakkan persaingan yang sihat di dalam industri teksi negara. Makmal teksi yang telah dijalankan oleh SPAD pada Disember 2015, telah mengesahkan bahawa penyelesaian permasalahan di dalam industri teksi bukanlah satu tugas yang mudah dan adalah sukar bagi mendapatkan jawapan yang akan memuaskan kesemua pihak. Dengan itu, di dalam menyediakan cadangan kepada Kerajaan, Suruhanjaya telah mengambil pendekatan yang seimbang serta memberikan tumpuan kepada usaha memastikan dasar semasa, peraturan-peraturan dan keperluan-keperluan lain akan terus memacu persaingan yang adil bagi industri teksi di masa depan. Cadangan yang dikemukakan turu...