Posts

Showing posts with the label permit

Lapan maut - SPAD gantung permit pengendali

Image
SPAD MENGGANTUNG PERMIT GOLDEN HORSE PLANTATIONS SDN. BHD. BERIKUTAN TRAGEDI KEMALANGAN DI JEMPOL, NEGERI SEMBILAN KUALA LUMPUR, 13 JUN 2017  – Berkuat kuasa 12 Jun 2017, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung Lesen Pengendali Golden Horse Plantations Sdn. Bhd. bersama kesemua kenderaan di bawah pengendali tersebut berikutan kemalangan yang mengakibatkan lapan orang maut di kilometer 25 Jalan Bahau, Negeri Sembilan ke Keratong, Pahang pada 11 Jun 2017. Kesemua permit kenderaan di bawah pengendali tersebut telah digantung bagi membolehkan siasatan audit pematuhan dijalankan berdasarkan Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD ICOP). Suruhanjaya akan turut membantu siasatan PDRM berhubung dengan kes berkenaan apabila diperlukan. Keselamatan pengguna jalan raya dan pengendalian kenderaan barangan awam darat di jalan raya menjadi keutamaan bagi SPAD. Di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali SPAD, kesemua pengendali pengangkutan awam darat perlu ...

Terima Kasih Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar

Image
SPAD MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA YBHG TAN SRI DATO' SERI DR. SYED HAMID SYED JAAFAR ALBAR ATAS SUMBANGAN DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM DARAT Kuala Lumpur, 8 Jun 2017 – Anggota Suruhanjaya, pengurusan dan kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar, atas kepimpinan beliau selama tujuh tahun yang telah menjadikan SPAD sebagai agensi utama bagi menyelaraskan perancangan pengangkutan awam darat. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar bersara sebagai Pengerusi berkuatkuasa pada 3 Jun 2017. Sejak pelantikan beliau oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak sebagai Pengerusi SPAD pada Jun 2010, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menerajui perjalanan SPAD bagi melaksanakan transformasi di dalam industri pengangkutan awam darat, satu agenda kritikal di bawah Program Transformasi Nasional. Di bawah kepimpinan beliau, SPAD telah berja...

Jangan Ugut Keputusan Kerajaan - Syed Hamid

Image
Tak payah ugut-ugut sebab keputusan adalah muktamad, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar ketika diminta ulas ugutan persatuan teksi nak sokong pembangkang atau parti Bersatu yang jika kerajaan membenarkan UBER-Grab Car beroperasi. Beliau berkata demikian selepas sidang media mengumumkan keputusan kabinet meluluskan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) di ibupejabat SPAD di Kuala Lumpur, Selasa. "Saya fikir ugutan ini tak patut timbul kerana kalau kita tengok di segi manfaat dan perkara-perkara yang telah lakukan untuk golongan ini amat banyak sekali. "Kerajaan buka peluang supaya industri ini maju, pengguna dan pengusaha pun untung. Saya harap mereka dapat melihat secara positif. Tak payahlah ugut kita dan kerajaan. Tengok apa kesan pelaksanaannya. "Keputusan kerajaan mutamad. Sama ada dia cakap akan masuk parti pembangkang atau tidak, itu tidak menjadi isu. Yang paling penting kita na...

SPAD akan terus berusaha tingkat taraf perkhidmatan teksi

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pemandu teksi di Malaysia dan memahami isu-isu yang membelenggu industri teksi negara. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut di dalam usaha penambahbaikan industri teksi di Malaysia seperti program Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) pada 2012 dan program Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) pada 2013. Proses rundingan dan perjumpaan bersama-sama persatuan dan juga pengendali teksi serta pihak-pihak berkepentingan adalah sesuatu yang dilaksanakan sepanjang tahun oleh Suruhanjaya. Kesemua ini dilakukan menerusi beberapa siri mesyuarat, dialog dan sesi perbincangan bagi mendengar pandangan pemandu teksi dan membincangkan isu-isu yang membebankan mereka. Siri-siri pertemuan ini amat penting bagi Suruhanjaya ini memastikan kesemua pandangan pihak berkepentingan diambil kira. Usaha ini telah dipertingkatkan lagi pada bulan Oktober dan November 2015, dimana SPAD telah m...

SPAD LANCARKAN myBAS DI KANGAR, PERLIS

Image
 Kangar, 25 Ogos 2015 – Suruhanjaya Pegangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini telah mengumumkan pelancaran rasmi perkhidmatan bas henti-henti berjenama myBAS buat julung kalinya dibawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST). myBAS menyediakan perkhidmatan bas henti-henti yang lebih cekap dan boleh dipercayai orang ramai. Perkhidmatan myBAS yang telah mula beroperasi di Kangar pada 1 Ogos 2015 telah menerima sambutan yang positif di mana terdapat peningkatan jumlah bilangan penumpang harian dari 271 ke 447 penumpang. Perkhidmatan myBAS ini menawarkan liputan yang lebih luas di Kangar dengan jumlah jarak laluan sebanyak 337 km, yang merupakan peningkatan daripada 124 km sebelum ini. Ianya menyediakan akses yang lebih baik kepada masyarakat bandar dan luar bandar dengan pelaksanaan di 5 laluan utama dan 10 laluan perantara.  Bagi sesetengah laluan, kekerapannya ditingkatkan ke dua kali ganda, manakala waktu operasi laluan utama telah dilanjutkan sehing...

Toyota Innova jadi TEKS1M tak ada kena mengena dengan politik.

Image
Keputusan penggunaan Toyota Innova adalah sebagai model tambahan bagi Teksi 1Malaysia (TEKS1M) dan bukannya menggantikan Exora yang digunakan sebelum ini. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, berkata, keputusan itu dibuat bukan atas kehendak suruhanjaya tetapi atas permintaan pengusaha dan pemandu teksi supaya mereka mempunyai pilhan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Toyota Innova sebagai TEKS1M di Petaling Jaya, pada Selasa. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal. Syed Hamid turut menafikan keputusan itu ada kena mengena dengan senario politik sekarang di mana berlaku pergeseran antara pengerusi proton, Tun Dr Mahathir dengan Perdana Menteri. "Saya tak terfikir pun. Kita mengambil masa yang amat panjang memikirkan perkara ink. Kita menyokong industri kereta nasional. Kita tidak boleh menggantikan Exora dengan Toyota. Ini adalah pengelebaran bekalan...

SPAD jalankan Ops SERKAP bantu pengguna pengangkutan awam

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyita 55 kenderaan dan mengesan 89 kes kesalahan menggunakan kenderaan persendirian sebagai teksi sapu  di Lembah Klang sejak Oktober tahun lalu. Ketua Jabatan Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama orang ramai dan aduan pemandu-pemandu teksi berlesen yang pendapatan mereka terjejas berikutan aktiviti haram itu. Menurut beliau, ramai daripada pemandu kereta sapu haram itu menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mendapatkan pelanggan. "Menggunakan aplikasi pintar bukan bermakna mereka boleh menjadi pemandu teksi. Kenderaan ini haram dan tidak mempunyai permit yang dikeluarkan SPAD serta tidak menjamin perlindungan insuran untuk penumpang," katanya. Beliau berkata demikian selepas mengetuai Ops Serkap di Pudu Sentral, pada Khamis. Ops berkenaan bertumpu kepada pemeriksaan penjualan tiket serta perjalanan bas-bas sempena cuti Aidilfitri. Dalam Ops be...

Sekitar Majlis Berbuka Puasa anjuran S.P.A.D.

Image
Sekitar Majlis Berbuka Puasa anjuran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2 Julai 2015 Kuala Lumpur Golf and Country Club.

Permit Perjalanan Teksi Johor Bahru-Singapura

Image
Kuala Lumpur,1 Julai 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam memberi maklumbalas kepada laporan media mengenai permasalahan permit perjalanan teksi Johor Bahru-Singapura, ingin menjelaskan bahawa perkhidmatan teksi akan tetap diteruskan. Bagi memastikan kesinambungan di dalam perkhidmatan teksi merentasi sempadan itu, sokongan daripada teksi dari Singapura telah diterima.  Ini bermakna tidak akan ada gangguan perkhidmatan teksi daripada Singapura ke Larkin dan Larkin ke Singapura. SPAD juga sedang bekerjasama dengan pihak POS Malaysia dan Kastam DiRaja Malaysia bagi mendapatkan permit perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Singapura pada 2 Julai (esok). Isu mengenai penyerahan permit kepada pemandu teksi Johor dijangka akan selesai dalam jangka masa 1 hingga 2 hari. SPAD akan menyelesaikan isu ini secepat mungkin dan berharap ianya tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

SPAD Ramps Up Enforcement With New Mobile Operation Vehicles (MoVs)

Image
SPAD Ramps Up Enforcement With New Mobile Operation Vehicles (MoVs) Kuala Lumpur, 30 June 2015 –   SPAD today introduced its new Mobile Operation Vehicles (MoVs) as  new additions to its enforcement vehicle fleet. The new MoVs will be mobilised during key operations and are designed to support the SPAD enforcement team’s  operational and logistical requirements. The roll out of the MoVs was held in conjunction with SPAD Chairman, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar’s visit to the Terminal Bersepadu Selatan (TBS) to drive awareness amongst express bus travelers about safety and purchasing electronic tickets from legitimate counters to curb touting activities.   He was flanked by SPAD Chief Executive Officer, En. Nur Ismal Mohamed Kamal. The Westsar Maxus V80 MoVs are equipped with workstations, car video recorder, CCTV recorder, night vision cameras, internet connection, motorised awning and many more features to increase the effi...