Satu tiket untuk semua pengangkutan awam darat menjelang 2020.
Satu tiket untuk semua pengangkutan awam darat menjelang 2020. Satu sistem tiket bersepadu untuk semua jenis mod pengangkutan awam darat mesti direalisasikan sebelum Malaysia mencapai taraf sebagai negara maju menjelang 2020. “Kita perlu kreatif dan menghasilkan idea yang memberi pulangan nilai kepada negara dan memberi keselesaan kepada rakyat. Kita mahu mewujudkan sistem satu tiket untuk semua dan saya yakin kita sudah hampir ke arah itu,” kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar. Menurut Syed Hamid, sistem bersepadu satu tiket untuk semua boleh digunapakai untuk Express Rail Link (ERL), Aliran Transit Ringan (LRT), Aliran Transit Massa (MRT), Monorel, KTM, bas dan teksi. Beliau berkata demikian ketika melancarkan sistem pungutan tambang automatik (AFC) untuk Express Rail Link (ER) dan aplikasi mudah alih KLIA Ekspres di Sepang pada Isnin. Turut hadir pada majlis itu ialah pengerusi eksekutif Express...