Percepatkan kerja baikpulih landasan - SPAD

SPAD MENGARAHKAN KTMB UNTUK MEMPERCEPATKAN KERJA BAIK PULIH BAGI MEMASTIKAN SERVIS KEMBALI DI SEKTOR UTARA DAN SELATAN 28 Oktober 2016, Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberi arahan kepada KTMB untuk mempercepatkan kerja baik pulih kerosakkan landasan kereta api berikutan insiden kemalangan tren kargo yang yang telah tergelincir di km 200.332 berdekatan Stesen Batu Gajah pada jam 3.15 pagi hari ini. Walaupun KTMB telah menyediakan perkhidmatan bas pengantara yang secukupnya untuk tujuan pemindahan penumpang antara stesen Kampar – Ipoh – Kampar dan seterusnya bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing, namun memandangkan ini adalah musim cuti perayaan Deepavali, KTMB telah diarahkan untuk berusaha sedaya upaya untuk mengalihkan gerabak kereta api yang tergelincir dan mempercepatkan pemulihan bekalan elektrik dengan kadar segera bagi membolehkan perkhidmatan ETS beroperasi seperti biasa. SPAD juga telah mengarahkan KTMB unt...