Naik 'bullet train' di KLCC... Sempena Simposium Tahunan Pengangkutan Awam

Teringin nak merasai pengalaman menaiki keretapi laju atau 'bullet train'? Jika ya, anda tidak boleh melepaskan peluang pergi ke Simposium Tahunan Pengangkutan Awam Darat (LPT) 2016 kerana terdapat pelbagai aktiviti dianjurkan termasuk simulator keretapi laju.

Simposium LPT 2016  kali kelima ini bertemakan “Public Transport: Transforming the Nation” akan disempurnakan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Oktober ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Selain merasai pengalaman menaiki keretapi laju, pengunjung juga dapat melihat bahan pameran interaktif yang telah disediakan mengenai perkembangan industri pengangkutan awam darat. Pameran ini akan mengilustrasikan sedikit sebanyak sejarah serta kesalinghubungan masa kini dan perancangan masa depan di Malaysia.

Pameran kerjaya turut diadakan kepada para pengunjung bagi mempamerkan pelbagai peluang pekerjaan di dalam industri pengangkutan awam darat. Hadiah-hadiah menarik seperti tiket bas dan tren, kad Touch ‘n Go dan barang-barang elektronik bernilai sehingga RM 100,000 juga menanti para pengunjung di pameran percuma ini.

Selain itu, para pengunjung juga bakal dihiburkan dengan penampilan selebriti tanahair iaitu Haziq dan Ajak daripada HotFM serta Hafiz daripada FlyFM. Para pengunjung boleh mengambil peluang untuk berinteraksi dan beramah mesra bersama mereka.

SPAD turut menganjurkan Peraduan #5TahunLPT buat para penggna atau peminat pengangkutan awam darat. Para pengguna hanya perlu mengambil gambar atau video diri anda dengan sebarang pengangkutan awam darat di Malaysia, lengkapkan slogan dengan kreatif “Perubahan pengangkutan awam darat sepanjang 5 tahun ini memudahkan ...” dan muat naik ke akaun Instagram. Jangan lupa #5TahunLPT #SPAD

Peluang untuk memenangi hadiah berjumlah lebih daripada RM2,000 termasuk jam tangan eksklusif ‘TimeTraveller’ menanti.

Pelbagai aktiviti serta hadiah-hadiah bernilai sehingga RM100,000 menanti para pengunjung. Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Simposium  SPAD 2016.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, SPAD turut menganjurkan Majlis Makan Malam Gala dan Anugerah Industri yang menyaksikan peserta industri diiktiraf oleh SPAD untuk kecemerlangan dan inovasi mereka.

Simposiumtahun ini akan turut membincangkan pelbagai topik menarik mengenai peranan LPT dalam  memangkin pertumbuhan sosioekonomi serta memandu mobiliti untuk meningkatkan kualiti kehidupan orang ramai.

Pemimpin-pemimpin daripada industri pengangkutan awam darat, penggubal-penggubal dasar serta pakar dalam pengangkutan awam darat dan pembangunan bandar akan berkumpul untuk meneroka, mempertimbangkan dan membincangkan isu-isu yang penting untuk mengorak langkah ke masa hadapan demi memajukan industri pengangkutan awam darat.

Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Somposium Pengangkutan Awam Darat 2016 pada 17 Oktober ini bertempat di KLCC. Jumpa anda di sana!

Untuk sebarang maklumat lanjut, layari Simposium Tahunan Pengangkutan Awam Darat SPAD 2016 | Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.)-10/10/2016 *gambarfail

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap