MyBAS Ipoh kini beroperasi sepenuhnya

Perkhidmatan myBAS Ipoh di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2016.

Sebelum ini fasa pertama yang memperkenalkan enam laluan baharu telahpun bermula Jun lalu dan kini sistem pengangkutan bersepadu itu memperkenalkan tambahan lapan laluan utama dan lima laluan perantara meliputi 314 kilometer.

SPAD menerusi kenyataannya kepada media, memaklumkan SBST yang diperkenalkan pada Ogos tahun lalu, akan mengenakan KPI terhadap pengendali bas dengan menitikberatkan ketepatan masa, kebolehpercayaan, spesifikasi kenderaan dan kepuasan pengguna.

Ipoh adalah bandaraya ketiga di Semenanjung Malaysia yang telah menerima manfaat daripada peruntukan kerajaan bagi perkhidmatan myBAS selepas Kangar dan Seremban.

Peruntukan RM100 juta bagi program myBAS akan turut dilaburkan  bagi perlaksanaan seterusnya di Johor Bahru dan Kuala Terengganu untuk meningkatkan mobiliti dan akses rakyat.

Sehingga Julai tahun ini seramai 47,147 penumpang telah menggunakan perkhidmatan myBAS Ipoh.
Berikut adalah jadual laluan penuh myBAS Ipoh:



Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap