Maklum balas Media TEKS1M tidak gagal - masih di peringkat awal

 21 Julai 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merujuk kepada laporan media di dalam Berita Harian yang bertajuk ‘TEKS1M gagal jadi ikon negara,’ pada 20 Julai 2016.                  
                                                                                   SPAD ingin menegaskan adalah tidak adil dan tidak tepat sama sekali untuk menghukum bahawa inisiatif TEKS1M telah gagal, sedangkan ia masih di peringkat awal dan masih berjalan mengikut fasa-fasa pelaksanaan.

Memandangkan terdapat sekitar 86,000 teksi daripada pelabagai kelas lesen di Malaysia, perubahan yang perlu dilaksanakan tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata. Kita perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang merangkumi permasalahan struktur, budaya dan warisan yang rumit serta isu-isu semasa seperti perkhidmatan ‘e-hailing’.
                                                                                   Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) merupakan penjenamaan semula teksi bermeter bagi mengubah dan menaikkan taraf perkhidmatan supaya lebih bermutu, efisien dan selesa.
                                                                                      Pada peringkat permulaan, Kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan satu model kenderaan sahaja iaitu Proton Exora, sepertimana yang dilaksanakan di London. Pada ketika ini, sekitar 2,000 teksi telah berhijrah kepada kenderaan TEKS1M. Di dalam proses migrasi kepada TEKS1M, terdapat permasalahan di mana pengusaha individu dan pengendali mengadu bahawa tidak mampu menukar kenderaan kerana faktor kos pembelian, penyelenggaraan dan masalah-masalah teknikal lain yang dihadapi.

  Walaubagaimanapun, sebagai agensi yang peka dan prihatin kepada maklum balas daripada pelbagai pihak dan bagi memudahkan migrasi kepada TEKS1M, SPAD akan membuka model-model kenderaan lain untuk dijadikan TEKS1M di bawah program transformasi teksi yang akan diumumkan tidak lama lagi setelah mendapat kelulusan Kabinet.
                                                                                     Di dalam isu berkaitan tambang TEKS1M pula, kadar 'flagfall' dan jarak/masa yang ditetapkan adalah untuk menggalakkan perubahan kepada kenderaan  dan perkhidmatan yang lebih baik untuk pengguna.

  SPAD dengan itu berharap, pihak media yang sering membantu di dalam proses
transformasi industri teksi, agar memberikan peluang kepada Suruhanjaya untuk menguar-uarkan kepada pengguna fakta sebenar berkaitan inisiatif TEKS1M.
-Tamat

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap