Kenyataan SPAD mengenai insiden tragedi kemalangan bas ekspres Alisan Golden Coach.







Sabtu, 24 Disember 2016 -Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung dengan serta merta Lesen Pengendali Goldstar Express (M) Sdn Bhd bersama kesemua bas di bawah pengendali itu, bagi menjalankan siasatan di dalam kejadian tragedi kemalangan bas ekspres Alisan Golden Coach yang berlaku pada jam 3.45 pagi di KM 137.4 lebuh raya PLUS yang telah mengakibatkan penumpang kehilangan nyawa dan cedera parah.

Suruhanjaya dengan itu mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan memberikan jaminan bahawa siasatan yang mendalam akan dijalankan ke atas tragedi ini. Pasukan tindakan kecemasan daripada pelbagai agensi Kerajaan telah membawa mangsa-mangsa terlibat ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

Berkuatkuasa pada hari ini, SPAD telah menggantung operasi syarikat bas terlibat sehingga siasatan dilengkapkan atas sebab-sebab keselamatan penumpang dan bagi membantu siasatan agensi-agensi yang terlibat. Siasatan sedang diketuai oleh MIROS, manakala SPAD akan menyiasat perlanggaran syarat-syarat Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD ICOP).

Keselamatan penumpang merupakan keutamaan terpenting dan di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali SPAD, semua pengendali pengangkutan awam darat perlu mendukung standard tertinggi di dalam mengendalikan kenderaan mereka.

SPAD tidak akan bertoleransi terhadap sebarang pelanggaran amalan keselamatan dan ingin memberikan peringatan keras bahawa pengendali yang gagal mematuhi keperluan keselamatan akan dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan. Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk membatalkan Lesen Pengendali dan permit pengendali yang didapati telah melanggar keperluan keselamatan yang wajib dipatuhi di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali.

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap