Isu tambang teksi RM800, SPAD akan siasat dan bertindak tegas dalam hal ini





MAKLUMBALAS SPAD MENGENAI INSIDEN PENUMPANG DIKENAKAN TAMBANG RM800 BAGI PERJALANAN DARI KLCC KE MASJID NEGARA

 Kuala Lumpur, 23 Disember 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius terhadap laporan yang diterima baru-baru ini daripada pelancong yang mengadu telah dikenakan tambang RM800 bagi perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara.

 Suruhanjaya telah memulakan siasatan mengenai insiden tersebut susulan daripada pertemuan dengan pengadu di pejabat SPAD, Pudu.

 SPAD ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan dan tindakan segera akan diambil terhadap pengendali. Ini termasuk tindakan menarik balik Lesen Pengendali sekiranya didapati bersalah atas kegagalan menjaga teksi yang telah dilesenkan kepada pengendali.

 Pengendali pengangkutan awam mempunyai tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang selamat dan jujur kepada semua pengguna pengangkutan awam darat, tidak kira bagi pelancong mahupun penumpang tempatan.

 Justeru itu, SPAD ingin memberikan peringatan tegas kepada pengendali teksi supaya mematuhi kesemua syarat-syarat Lesen Pengendali di bawah Akata Pengangkutan Awan Darat 2010.

 Tambang yang dikenakan mesti mematuhi struktur tambang yang ditentukan oleh SPAD dan penggunaan meter adalah wajib bagi teksi bajet, eksekutif dan Teksi 1 Malaysia (TEKS1M).

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap