SPAD terima 22,000 permohonan untuk sertai TEKS1M

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menerima 22,000 permohonan daripada pemandu teksi seluruh negara untuk menyertai program Teksi 1Malaysia (Teks1M). 

Bagaimanapun pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata hanya 1,000 pemandu teksi di Lembah Klang, Johor Baharu dan Pulau Pinang yang terpilih untuk menyertai program itu.
 
"Mulai September ini, 200 daripada Teks1M itu akan mula bertugas selebihnya dijangka berada di jalan raya di Lembah Klang, Johor Baharu dan Pulau Pinang Disember ini," katanya ketika menghadiri taklimat Teks1M di Johor Bharu,Isnin.
  
Bagaimanapun menurutnya, SPAD bersedia mengkaji untuk menambah penyertaan Teks1M pada masa depan berdasarkan pertambahan penduduk di satu-satu kawasan. 

"Kami akan tengok untuk tambah bekalan (Teks1M)," kata Syed Hamid dan memberitahu bahawa 60 peratus daripada Teks1M itu adalah untuk kegunaan di Lembah Klang manakala selebihnya di Johor Baharu dan Pulau Pinang. 

Mereka yang terpilih menyertai program Teks1M diberi beberapa kemudahan termasuk memperoleh lesen teksi individu dan geran RM5,000 untuk membeli Proton Exora bagi dijadikan Teks1M.
Hasil kajian pihaknya menunjukkan mereka yang terlibat dengan Teks1M mampu memperoleh pendapatan bersih RM2,100 sebulan, selepas ditolak bayaran bulanan pinjaman pembelian kenderaan dan penyelenggaraan sebanyak RM900.

"Ia (Teks1M) lebih menguntungkan pemandu teksi berbanding memajak (teksi) daripada syarikat-syarikat," katanya. 

SPAD kata Syed Hamid berminat untuk meneruskan program Teks1M walaupun tanpa pemberian geran RM5,000 itu. 

Menurutnya, kenderaan pelbagai guna Proton Exora amat sesuai untuk dijadikan teksi kerana kedudukan dalamannya yang luas untuk keselesaan penumpang dan membawa barangan.
Pemandu teksi yang memilih Proton Exora sebagai kenderaan mereka boleh memilih empat varian termasuk manual, automatik dan yang menggunakan bahan bakar gas cecair, katanya. - BERNAMA






Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap