Info penutupan jalan dan perkhidmatan awam sempena hari merdeka ke -56

PENUTUPAN JALAN DAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN
AWAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-56

KUALA LUMPUR (28 Ogos 2013): Selaras dengan pengumuman penutupan jalan
untuk raptai perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan ke-56, pengendalipengendali
pengangkutan awam darat akan mempertingkatkan perkhidmatan bas
dan rel disekitar Kuala Lumpur.

Lencongan / penutupan jalan akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)
secara berperingkat bermula jam 6.00 pagi pada 27hb Ogos hingga 31hb Ogos 2013.
Jalan-jalan yang terlibat adalah :

Jalan Travers, Jalan Damansara, Jalan Mahameru, Jalan Lembah, Bulatan
Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari, Jalan Perdana, Jalan Kinabalu,
Jalan Raja, Jalan Hishamuddin, Jalan Tun Perak, Jalan Parlimen, Bulatan Dato’
Onn, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan
Sultan Ismail, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Mahkamah
Persekutuan.1
 (sila rujuk kepada www.spad.gov.my untuk peta dan jadual penutupan jalan)

Bas awam akan diberi keutamaan semasa penutupan jalan agar perkhidmatan
pengangkutan awam tidak tengendala. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa
laluan bas RapidKL yang akan terjejas pada waktu tersebut, iaitu U4, U13, U5,
U12, U23, U3, U6, U8, U209, U222, U2, U2A, U11, U14, dan U224.

Orang ramai digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam
pada waktu tersebut, terutamanya perkhidmatan rel seperti Komuter, LRT, ERL
dan Monorail yang akan beroperasi seperti biasa.

Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka dan Hari Kemerdekaan ke-56 pada
30hb dan 31hb Ogos 2013 pula, pengendali-pengendali pengangkutan awam darat,
terutamanya dari sektor rel dan bas telah mengumumkan perkhidmatan tambahan.
Ianya diringkaskan seperti berikut :






(Untuk jadual terperinci, sila rujuk kepada lampiran)

Perkhidmatan tambahan ini bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Hari
Kemerdekaan ke-56 dan bagi membolehkan rakyat Malaysia menyambut serta
meraikan sambutan Ambang Merdeka yang dianjurkan disekitar Kuala Lumpur
seperti Dataran Merdeka, KLCC, Bukit Bintang dan sebagainya.

Para pengguna dinasihatkan untuk menggunakan kad Touch ‘n’ Go bagi
mengelakkan kesesakan di kaunter dan mesin tiket.

Bagi maklumat lanjut sila hubungi :

RapidKL : www.myrapid.com.my; twitter: MyRapidKL atau Helpline 03 7885 2585
KTM : www.ktmb.com.my; atau Pusat Panggilan 1300 88 5862
ERL : www.kliaekspres.com
SPAD : www.spad.gov.my

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap