Lesen pemandu pengangkutan awam perlu dikendali oleh SPAD

Lesen pemandu pengangkutan awam perlu dikendali oleh SPAD, bukan JPJ, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

"Saya mencadadangkan supaya Lesen Pemandu Pengangkutan Awam yang sebelum ini dikendalikan oleh JPJ diambilalih oleh SPAD untuk diselaraskan dengan Lesen Pengendali," katanya ketika dihubungi menerusi telefon untuk mengulas tragedi kemalangan maut di Genting kelmarin.

Syed Hamid berkata, dia kesal dengan sikap sesetengah pihak, terutama blog pembangkang yang menuding jari kepada SPAD berhubung insiden itu.

"Ini bukan masanya untuk menuding jari tetapi untuk melihat masalah dan secara menyeluruh. Kerajaan juga mesti ada political will dan keberanian bagi menukar dan mentransformasi industri ini," katanya.

Menurut Syed Hamid pihak-pihak yang menuding jari itu mungkin tidak memahami bahawa yang bertanggungjawab meluluskan bas dan lesen pemandu adalah JPJ. Katanya, Pemeriksaan Maintenance untuk meneruskan perkhidmatan juga adalah tanggungjawab JPJ dan Puspakom.

"SPAD hanya meluluskan lesen pengendali dan laluan. Jalan ke Genting Highland juga adalah jalan persendirian. Sepatutnya pihak kerajaan tempatan pun kena tentukan syarat ke atas langkah keselamatan yang perlu ada.

"Begitu juga pihak JKR perlu memeriksa jalan cerun untuk menentukan ia selamat untuk kegunaan kenderaan dan memberi syarat. Walaupun jalan itu milik persendirian, selagi ada kenderaan awam mengunakannya dia mesti tertakluk kepada Kelulusan JKR.

"Seperkara penting jika polis (PDRM) mempunyai maklumat mengenai pemandu yang boleh menjejaskan keselamatan awam ia tidak boleh dianggap rahsia tapi diberikan kepada pengendali bas dan SPAD," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap