SPAD tahan 30 bas tak ikut jadual

Kuala Terengganu: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Wilayah Timur menahan 30 bas untuk siasatan lanjut sepanjang operasi Ops Selamat dari 1 hingga 5 Ogos lalu sempena Aidilfitri. 

Pengurus Bahagian Penguatkuasa SPAD Wilayah Timur, Mejar (B) Mohd Sharif Jamal Abidin, berkata jumlah itu adalah antara 519 bas yang diperiksa dalam usaha memberi keselesaan kepada pengguna bas di negara ini, terutama pada waktu puncak sepanjang Aidilfitri. 

Gagal pamer dokumen 

“Kegagalan mematuhi jadual waktu perjalanan adalah kesalahan paling banyak iaitu 40 peratus. 

“Selain itu, kegagalan mempamerkan dokumen seperti Lesen Pengendali, Jadual Tambang dan Jadual Perjalanan sebelum memulakan perjalanan," katanyadalam operasi SPAD di Terminal Bas Kuala Terengganu, malam kelmarin. 

Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 22 (3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan jika didapati bersalah pihak terbabit boleh didenda maksimum RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya. 
Operasi itu juga untuk memastikan tiada sindiket bermusim menjelang sambutan Aidilfitri ini dengan menjual tiket pada harga tidak munasabah. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap