Posts

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap

Image
Bayangkan perjalanan dari Sungai Buloh ke Putrajaya hanya akan mengambil masa 30 minit sahaja! Ini bukan omong kosong, tetapi akan menjadi realiti apabila projek Mass Rapid Transit (MRT) Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) siap sepenuhnya. Jaminan itu diberikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Razak ketika merasmikan majlis pecah tanah bagi fasa dua Laluan SSP  di Putrajaya, Khamis. Majlis pecah tanah projek itu yang bernilai RM32 bilion diadakan berhampiran Stesen Putrajaya Sentral dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk apabila laluannya siap sepenuhnya menjelang  2022. Laluan SSP sejauh 52.2km itu mempunyai 37 stesen, di mana 11 stesen adalah stesen bawah tanah sejauh 14.5km.  Ia akan beroperasi dari Sungai Buloh ke Putrajaya melalui Kepong, Batu, Jalan Ipoh, Titiwangsa, KLCC, Tun Razak Exhange, Bandar Malaysia, Sungai Besi, Serdang, UPM dan Cyberjaya. Laluan SSP juga akan dilen...

MyBAS Ipoh kini beroperasi sepenuhnya

Image
Perkhidmatan myBAS Ipoh di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2016. Sebelum ini fasa pertama yang memperkenalkan enam laluan baharu telahpun bermula Jun lalu dan kini sistem pengangkutan bersepadu itu memperkenalkan tambahan lapan laluan utama dan lima laluan perantara meliputi 314 kilometer. SPAD menerusi kenyataannya kepada media, memaklumkan SBST yang diperkenalkan pada Ogos tahun lalu, akan mengenakan KPI terhadap pengendali bas dengan menitikberatkan ketepatan masa, kebolehpercayaan, spesifikasi kenderaan dan kepuasan pengguna. Ipoh adalah bandaraya ketiga di Semenanjung Malaysia yang telah menerima manfaat daripada peruntukan kerajaan bagi perkhidmatan myBAS selepas Kangar dan Seremban. Peruntukan RM100 juta bagi program myBAS akan turut dilaburkan  bagi perlaksanaan seterusnya di Johor Bahru dan Kuala Terengganu untuk meningkat...

Jangan Ugut Keputusan Kerajaan - Syed Hamid

Image
Tak payah ugut-ugut sebab keputusan adalah muktamad, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar ketika diminta ulas ugutan persatuan teksi nak sokong pembangkang atau parti Bersatu yang jika kerajaan membenarkan UBER-Grab Car beroperasi. Beliau berkata demikian selepas sidang media mengumumkan keputusan kabinet meluluskan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) di ibupejabat SPAD di Kuala Lumpur, Selasa. "Saya fikir ugutan ini tak patut timbul kerana kalau kita tengok di segi manfaat dan perkara-perkara yang telah lakukan untuk golongan ini amat banyak sekali. "Kerajaan buka peluang supaya industri ini maju, pengguna dan pengusaha pun untung. Saya harap mereka dapat melihat secara positif. Tak payahlah ugut kita dan kerajaan. Tengok apa kesan pelaksanaannya. "Keputusan kerajaan mutamad. Sama ada dia cakap akan masuk parti pembangkang atau tidak, itu tidak menjadi isu. Yang paling penting kita na...

11 Program Untuk Majukan Industri Teksi

Image
SPAD MEMPERKENALKAN PERANCANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN INDUSTRI TEKSI Kerajaan meluluskan pelan pembaharuan untuk mengawal selia ‘e-hailing’ dan menyediakan teksi yang sedia dengan ruang untuk berkembang dan kekal mampan di dalam era persaingan terkini KUALA LUMPUR (16 OGOS 2016) - Kabinet telah meluluskan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang menggunakan pendekatan inklusif dan menyeluruh untuk menyelesaikan isu-isu struktur yang sudah lama melanda industri dengan memperkenalkan pembaharuan bagi seluruh industri yang bertujuan mewujudkan persekitaran industri yang adil bagi pemandu, pengendali dan pengguna. TITP berasaskan empat (4) prinsip utama, iaitu: memanfaatkan penggunaan teknologi, meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi; meningkatkan mutu perkhidmatan pemandu dan menyemak semula kadar tambang teksi; ini akan dilaksanakan melalui sebelas (11) program. Pembaharuan yang telah diluluskan oleh Kerajaan, menunjukkan arah tuju masa hadapan bagi industri t...

Dana Sokongan Untuk Bas Henti-Henti Demi Keselesaan Rakyat

Image
TRANSFORMASI INDUSTRI BAS TETAP MENJADI TUMPUAN KERAJAAN Peruntukan RM142.7 Juta Menjadi Talian Hayat Bagi 65 Pengendali Bas Kuala Lumpur (9, Ogos 2016) – Transformasi industri bas berhenti-henti tetap menjadi keutamaan bagi Kerajaan dengan penyaluran dana sebanyak RM142.7 juta di bawah Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) 2016. Pengguna bas yang bergantung kepada bas berhenti-henti untuk perjalanan harian merentasi bandar-bandar kecil dan desa, akan terus menikmati perkhidmatan tanpa gangguan. Peruntukan yang kritikal ini akan disalurkan kepada 65 pengendali bas henti-henti yang telah memohon untuk mendapatkan bantuan pada tahun ini. Pada bulan Mei tahun ini, beberapa pengendali telah memohon agar Kerajaan meneruskan bantuan ISBSF bagi membolehkan mereka untuk menyambung operasi dan perkhidmatan bas di sepanjang laluan yang kurang pengguna atau tidak menguntungkan. Ini adalah penting terutamanya bagi kawasan yang masih mempunyai permintaan daripada kalangan penggu...

Maklum balas Media TEKS1M tidak gagal - masih di peringkat awal

 21 Julai 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merujuk kepada laporan media di dalam Berita Harian yang bertajuk ‘TEKS1M gagal jadi ikon negara,’ pada 20 Julai 2016.                                                                                                      SPAD ingin menegaskan adalah tidak adil dan tidak tepat sama sekali untuk menghukum bahawa inisiatif TEKS1M telah gagal, sedangkan ia masih di peringkat awal dan masih berjalan mengikut fasa-fasa pelaksanaan. Memandangkan terdapat sekitar 86,000 teksi daripada pelabagai kelas lesen di Malaysia, perubahan yang perlu dilaksanakan tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata. Kita perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang merangkumi permasalahan struk...

Memorandum of Understanding is a Major Milestone for the Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail Project

Image
Joint SPAD - LTA Press Release   Memorandum of Understanding is a Major Milestone for the  Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail Project    1. Malaysia’s Land Public Transport Commission (SPAD) and Singapore’s Land Transport Authority (LTA) welcome today's signing of the Memorandum of Understanding (MOU) between the Government of Malaysia and the Government of the Republic of Singapore on the Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail (HSR) Project, by YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, Malaysia’s Minister in the Prime Minister's Department and H.E. Minister Khaw Boon Wan, Singapore’s Coordinating Minister for Infrastructure and Minister for Transport. The signing ceremony, which was witnessed by Malaysia’s Prime Minister Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak and Singapore’s Prime Minister Lee Hsien Loong, signifies Malaysia and Singapore’s firmest commitment yet to this iconic project.    2. The MOU reflects the outcome of extensive discussi...