MyBAS Ipoh kini beroperasi sepenuhnya
Perkhidmatan myBAS Ipoh di bawah program Transformasi
Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat (SPAD) telah beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2016.
Sebelum ini fasa pertama yang memperkenalkan enam laluan
baharu telahpun bermula Jun lalu dan kini sistem pengangkutan bersepadu
itu memperkenalkan tambahan lapan laluan utama dan lima laluan perantara
meliputi 314 kilometer.
SPAD menerusi kenyataannya kepada media, memaklumkan SBST
yang diperkenalkan pada Ogos tahun lalu, akan mengenakan KPI terhadap
pengendali bas dengan menitikberatkan ketepatan masa, kebolehpercayaan,
spesifikasi kenderaan dan kepuasan pengguna.
Ipoh adalah bandaraya ketiga di Semenanjung Malaysia yang
telah menerima manfaat daripada peruntukan kerajaan bagi perkhidmatan
myBAS selepas Kangar dan Seremban.
Peruntukan RM100 juta bagi program myBAS akan turut
dilaburkan bagi perlaksanaan seterusnya di Johor Bahru dan Kuala
Terengganu untuk meningkatkan mobiliti dan akses rakyat.
Sehingga Julai tahun ini seramai 47,147 penumpang telah menggunakan perkhidmatan myBAS Ipoh.
Berikut adalah jadual laluan penuh myBAS Ipoh:
Comments
Post a Comment