Permit Perjalanan Teksi Johor Bahru-Singapura
Kuala Lumpur,1 Julai 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam memberi maklumbalas kepada laporan media mengenai permasalahan permit perjalanan teksi Johor Bahru-Singapura, ingin menjelaskan bahawa perkhidmatan teksi akan tetap diteruskan.
Bagi memastikan kesinambungan di dalam perkhidmatan teksi merentasi sempadan itu, sokongan daripada teksi dari Singapura telah diterima.
Ini bermakna tidak akan ada gangguan perkhidmatan teksi daripada Singapura ke Larkin dan Larkin ke Singapura. SPAD juga sedang bekerjasama dengan pihak POS Malaysia dan Kastam DiRaja Malaysia bagi mendapatkan permit perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Singapura pada 2 Julai (esok).
Isu mengenai penyerahan permit kepada pemandu teksi Johor dijangka akan selesai dalam jangka masa 1 hingga 2 hari. SPAD akan menyelesaikan isu ini secepat mungkin dan berharap ianya tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.
Comments
Post a Comment