Ratusan penumpang terkandas di Hentian Duta
Kejadian itu dipercayai gara-gara pemandunya cuba mengelak daripada diperiksa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, pemeriksaan bawah Op Serkap mendapati kira-kira 10 bas tidak tiba pada waktu ditetapkan sejak pukul 8 malam.
“Mereka mungkin ingin mengelak daripada diperiksa SPAD kerana dipercayai tidak mempunyai Lesen Perubahan Sementara (LPS) atau kesalahan lain,” katanya kepada pemberita mengenai operasi itu di hentian berkenaan di sini.
Che Hasni berkata, Op Serkap dari 9 hingga 25 Februari ini dilancarkan di semua terminal bas bagi memastikan keselamatan penumpang bas ekspres terjamin.
Katanya, setakat ini, SPAD mengeluarkan 146 saman bagi pelbagai kesalahan selain menyita lima kenderaan termasuk bas dan teksi.
Ketika dihubungi kemudian, Che Hasni berkata, enam bas muncul selepas pukul 11 malam.
Dalam pada itu pembantu di sebuah klinik pergigian di Jinjang, Suffi Liyana Subian, 24, berkata, bas yang dijadual tiba pukul 8.30 malam tidak muncul untuk membawanya pulang ke Sungai Petani, Kedah. - Utusan Online
Comments
Post a Comment