Amphicoach kini di Pelabuhan Klang, isu selesai - Ahmad Razif
KUALA TERENGGANU 1 Feb. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menyifatkan isu penghantaran bas dua alam, Amphicoach yang tertangguh sekian lama telah selesai apabila kenderaan terbabit kini berada di Pelabuhan Klang, Selangor.
Beliau berkata, semua pihak diminta sabar menanti ketibaan bas itu kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diuruskan terlebih dahulu termasuk pemeriksaan Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom), pendaftaran dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan penyerahan dokumen berkaitan.
"Ini merupakan bas pertama seumpamanya di Malaysia yang tidak pernah ada di rantau ini, maka urusan itu akan mengambil sedikit masa.
"Bagaimanapun, Amphicoach sudah ada di Pelabuhan Klang jadi tidak ada isu mengenai di mana bas? mana pergi bas? atau berlaku macam-macam pada bas.
"InsyaAllah dengan operasi bas ini nanti di samping pelaksanaan perkhidmatan Bas Awam Bersepadu Malaysia (myBas) oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Mara Liner Sdn. Bhd. (Mara Liner), akan berlaku impak besar dalam sektor pelancongan negeri terutama di Bandaraya Warisan Pesisir Air, Kuala Terengganu," katanya ketika ditanya pemberita, di sini hari ini.
Bas amphicoach yang ditempah pada tahun 2014 sepatutnya tiba di negeri ini setahun kemudian, dan kelewatan penyerahan mulai menjadi isu malah pihak pembangkang turut membuat laporan polis.
Akhir tahun lalu, kerajaan negeri memutuskan untuk menamatkan kontrak dan menyaman syarikat pembekal jika masih gagal menguruskan penghantaran mengikut tempoh baharu yang ditetapkan. - UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment