KTMB, SPAD teliti tata cara operasi koc wanita

Pelekat menandakan koc wanita ketika tinjauan lelaki duduk di koc khas wanita dalam KTM komuter di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE/SURIYA BONMA KUALA LUMPUR 23 Feb. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang meneliti semula tata cara pengoperasian koc wanita dalam perkhidmatan KTM-Komuter bagi memastikan penggunaan kemudahan itu dapat dikhaskan untuk wanita sahaja. Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, usaha menangani isu pencerobohan koc wanita melalui usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai etika penggunaan koc berkenaan dimulakan sejak Khamis lalu melibatkan polis bantuan KTMB dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). “Selain penguatkuasaan, kami menyeru orang ramai supaya lebih sensitif dengan saling memperingati antara satu sama lain tentang kepentingan koc itu untuk keselesaan kaum wanita. Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan pencerobohan koc wanita perkhidmatan KTMB oleh pengg...