S.P.A.D. tidak akan bertolak ansur dengan pesalah undang-undang
S.P.A.D. TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR DENGAN MANA-MANA INDIVIDU
DAN PENGUSAHA YANG TIDAK MEMATUHI UNDANG-UNDANG
KUALA LUMPUR (17 Februari 2014): Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat (S.P.A.D.) tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu atau
pengusaha yang menghalang pegawai S.P.A.D untuk menjalankan tugas di bawah Akta
Pengangkutan Awam Darat 2010.
Berikutan dengan
kejadian serangan keatas pegawai penguatkuasa S.P.A.D di Pudu Sentral pada 15
Februari 2014. S.P.A.D amat kesal dan memandang serius kejadian tersebut.
S.P.A.D telah memulakan siasatan keatas pengusaha dan individu terbabit atas
kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas sehingga membawa
kecederaan. Selain itu, S.P.A.D berharap pihak PDRM juga akan mengambil
tindakan yang sewajarnya keatas individu terbabit, sekiranya didapati bersalah.
Sehubungan ini, S.P.A.D ingin menyarankan agar semua
pengendali menghormati undang-undang yang telah ditetapkan bagi mengelak
tindakan dari mana – mana agensi penguatkuasaan. SPAD akan terus
melipat-gandakan usaha penguatkuasaan bagi menjaga kepentingan rakyat dan hak
pengguna yang menggunakan pengangkutan awam darat.
Comments
Post a Comment