SPAD akan meneliti laporan audit kejadian kemalangan bas Genting Highland
SPAD AKAN MENELITI LAPORAN AUDIT KEJADIAN KEMALANGAN BAS HENTI-HENTI DI KM35 JALAN GENTING HIGHLAND KUALA LUMPUR: 20 Februari 2014- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah meneliti dan mengambil maklum hasil laporan audit kejadian kemalangan Bas Henti-henti di KM 3.5 Jalan Genting Highland yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan. Segala syor dan cadangan yang dikemukakan akan diberi perhatian sama ada yang melibatkan proses atau prosedur. Selain daripada menjalankan tugas utama mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, SPAD juga mempunyai tanggungjawab bersama dengan agensi lain. SPAD sentiasa bekerjsama dengan semua agensi yang berkaitan dengan sistem pengangkutan awam darat. Punca utama kemalangan pada 20 Ogos 2013 adalah kecuaian pemandu dan kelajuan yang tinggi. “Human Factor” adalah salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh pengusaha atau operator. Sehubungan ini, SPAD telah mengambil langkah pencegahan drastik. Antaranya: Pekeliling menge...