Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, perkhidmatan teksi yang cemerlang bukan dinilai daripada rupa bentuk dan keadaan teksi yang cantik, tetapi juga sikap pemandunya. Sehubungan itu beliau meminta setiap pemandu teksi di Malaysia menjaga tingkah-laku masing-masing bagi meningkatkan imej mereka di kalangan rakyat dan juga pelancong, tambahan lagi tahun hadapan adalah Tahun Melawat Malaysia. “Perkhidmatan teksi yang baik dan cemerlang tidak hanya dengan bentuk teksi yang cantik sahaja. Pemandu teksi pun mesti cantik juga. Kalau rupanya kurang cantik pun, biarlah perangai dan tingkah lakunya cantik. “Bila bawa penumpang seharian, senyumlah. Jadilah pemandu teksi yang peramah dan bila sudah habis perjalanan dan dapat bayaran, ucap terima kasih kepada pelanggan. Inilah antara ramuan yang menjadikan kita seorang pemandu teksi yang cantik,” katanya. Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Janji Ditepati ke-2- Pemberian Lesen...