Malaysia-Singapura tandangani MoU projek HSR
Bayangkan - dalam masa 10 tahun lagi, tak mustahil kita bersarapan di Kuala Lumpur, makan tengahari di Singapura dan sempat kembali untuk makan malam di Kuala Lumpur! Itulah yang dibayangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas menyaksikan majlis menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di Putrajaya, Selasa. Turut bersama menjadi saksi ialah rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong. Menandatangani bagi pihak kerajaan Malaysia ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rahman Dahlan dan Menteri Penyelaras Infrastruktur dan juga Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Hwan. Dalam ucapannya, Najib berkata, termeterainya MoU itu membuktikan kesungguhan kedua-dua negara untuk menjadikan projek berkenaan satu kenyataan dan pada masa yang sama memperatkan hubungan. Najib berkata, MoU itu akan dijadikan garis panduan untuk Perjanjian Dua Hala yang sah antara kedua-dua...