Posts

Beli tiket secara online ketika musim perayaan bagi mengelakkan kesesakan dan kesulitan - SPAD

Image
PENGGUNA BAS EKSPRES DINASIHATKAN MENDAPATKAN TIKET MELALUI SISTEM ATAS TALIAN BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN SEMPENA CUTI MAULIDUR RASUL DAN HARI KRISMAS Kuala Lumpur, 22 Disember 2015: Pengguna perkhidmatan bas ekspres ke sektor Pantai Timur, Utara dan Selatan sempena cuti Maulidur Rasul dan perayaan Krismas yang ingin menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), dinasihatkan mendapatkan tiket melalui sistem atas talian dan mesin penjualan tiket (Ticket Vending Machine atau TVM).  Bagi senarai portal dan laman sesawang syarikat-syarikat bas ekspres yang menawarkan pembelian tiket secara atas talian, pengguna boleh melayari http://www.spad.gov.my/ms/tiketBE .  Bagi pengguna yang menuju ke Pantai Timur dari Hentian Jalan Pekeliling, mereka masih boleh membeli tiket secara atas talian daripada syarikat-syarikat bas yang beroperasi di hentian tersebut.  Pembelian tiket secara awal, menggunakan TVM di TBS-BTS dan secara atas talian...

RAPIDKL AKAN MENGENDALIKAN SEMULA DUA LALUAN DI KORIDOR SUNGAI BESI DAN KORIDOR JALAN KLANG LAMA - BERKUATKUASA 21 DISEMBER, 2015

Image
Kuala Lumpur, 19 Disember 2015: Di dalam usaha berterusan Suruhanjaya bagi menyemak semula dan menstabilkan perkhidmatan bas di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti (Bus Network Revamp atau BNR), laluan 600 (Puchong Utama - HAB Pasar Seni) di sepanjang Koridor Jalan Klang Lama dan laluan 506 (Putrajaya Sentral - Bandar Utama) di sepanjang Koridor Sungai Besi akan dikendalikan semula oleh RapidKL, berkuat kuasa 21 Disember 2015. Waktu operasi untuk laluan 600 adalah dari 5:30 pagi -11:30 malam dengan kekerapan setiap 10 minit ketika waktu puncak pagi dan petang, manakala laluan 506 akan beroperasi dari 6:00 pagi -11:30 malam dengan kekerapan setiap 30 minit ketika waktu puncak pagi dan petang. SPAD ingin memberi jaminan kepada penumpang bahawa setiap langkah proaktif sedang dilaksanakan bagi menyelesaikan isu-isu operasi pada kadar yang segera. Sekaligus dengan itu, SPAD sedang memantau operasi pengendali melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi (Performa...

Kerajaan sedia bertemu SPAD bincang semula tambang ERL

Image
Oleh MOHD HILMI MOHD ALI (www.bnbbc.my) 2 DIS: Kerajaan sedia bertemu dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dalam usaha mengkaji semula kenaikan harga tambang Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) jika ada keperluan. Bagaimanapun menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi kenaikan harga tambang ERL tidak dapat dielakkan berikutan ia tertangguh hampir 14 tahun. “Kos operasi ERL sudah meningkat dua kali ganda. “Pada dasarnya kerajaan setuju naikkan harga tambang setelah 14 tahun permohonan mereka menaikkan tambang mengikut perjanjian tidak mendapat kelulusan, 14 tahun adalah jangka masa yang lama,” kata Aziz. Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Lobi Parlimen pada Rabu. Ketika ditanya mengenai adakah kementerian akan bertemu semula dengan SPAD untuk membincangkan semula kenaikan harga tambang berkenaan, Aziz berkata beliau bersedia. “Ya,” jawabnya ringkas. Bagaimanapun Aziz mencadangkan pengguna yang sering menggunakan perkhidmatan ERL mem...

Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti di Kuala Lumpur

Image
PENYUSUNAN SEMULA RANGKAIAN BAS HENTI-HENTI BAKAL MENINGKATKAN LIPUTAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN PERKHIDMATAN BAS DI GREATER KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG 8 koridor, 241 laluan, 2000 bas untuk menambah baik pengangkutan awam darat Kuala Lumpur, 30 November 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam usaha menaik taraf industri pengangkutan awam darat di Malaysia, akan melaksanakan Bus Network Revamp (BNR) atau penyusunan semula rangkaian perkhidmatan bas henti-henti di Greater Kuala Lumpur mulai 1 Disember 2015. Di bawah penyusunan semula rangkaian bas ini, koridor bas sedia ada akan disusun semula menjadi koridor yang lebih kecil berdasarkan jalan utama yang menghubungkan Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Rangkaian bas ini dibahagikan kepada 8 koridor iaitu Koridor Jalan Ipoh, Koridor Jalan Pahang, Koridor Ampang, Koridor Cheras, Koridor Sg. Besi, Koridor Klang Lama, Koridor Lebuhraya Persekutuan dan Koridor Damansara. Penambahbaikan rangkaian bas ini akan mengura...

Sekitar Simposium Pengangkutan Awam Darat anjuran SPAD

Image
Sekitar Simposium Pengangkutan Awam Darat anjuran SPAD 18 November 2015

Didesak letak jawatan ... Ini komen Syed Hamid

Image
Sejak pegang jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tiga tahun lalu, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar sudah melalui macam-macam dugaan dan cabaran. Terkini semasa Perhimpunan Haram segelintir pemandu-pemandu teksi di depan parlimen pada Rabu, ada sepanduk yang tertera ayat menyuruhnya letak jawatan. Ketika perhimpunan haram itu berlangsung, Syed Hamid sedang mempengerusikan simposium pengangkutan awam darat di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang tidak jauh dari Parlimen. Bila wartawan memintanya mengulas, pengerusi SPAD itu nampak cool saja dan sempat berseloroh. "Ini adalah satu keindahan negara Malaysia di mana ramai orang suka melanggar undang-undang. Walaupun tidak ada izin, dia buat juga. "Pihak yang berwajib akan mengambil tindakan mengikut kuasa masing-masing. "Saya tengok gambar dari plakad, kumpulan itu sikit sahaja, tetapi bunyi besar. Tetapi kumpulan yang ramai yang menyokong kita orang tak nampak. "Mereka buat perhimpun...

SPAD hargai pemandu teksi

Image
Dalam setandan pisang bukan semuanya busuk. Begitulah halnya dalam isu pemandu teksi yang kebelakangan ini tercalar imej kerana sikap buruk segelintir rakan-rakan mereka. Pada Selasa malam, 13 orang pemandu teksi diberi pengiktirafan pada majlis Anugerah Industri yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pada malam itu, pemandu Teksi, Hanizan Mohamed Radzi, yang menjumpai seorang kanak-kanak yang diculik dan seterusnya mengembalikan anak tersebut kepada ibu bapanya telah diberikan Anugerah Khas oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Kes Hanizan menjadi viral apabila dia menemui kanak-kanak itu di tepi jalan dan mengecamnya selepas kes penculikan itu dilaporkan secara meluas di media sosial. Turut menerima Anugerah Khas untuk pemandu teksi adalah Tamil Nesan Shanmugam dan Abdul Wahid Tahir kerana bersikap kejujuran mereka memulangkan barangan penumpang yang tertinggal di dalam teksi. Lebih menarik lagi, ini adalah kali pertama SPAD memberi anugerah ...