SPAD hargai pemandu teksi
Pada Selasa malam, 13 orang pemandu teksi diberi pengiktirafan pada majlis Anugerah Industri yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Pada malam itu, pemandu Teksi, Hanizan Mohamed Radzi, yang menjumpai seorang kanak-kanak yang diculik dan seterusnya mengembalikan anak tersebut kepada ibu bapanya telah diberikan Anugerah Khas oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar.
Kes Hanizan menjadi viral apabila dia menemui kanak-kanak itu di tepi jalan dan mengecamnya selepas kes penculikan itu dilaporkan secara meluas di media sosial.
Turut menerima Anugerah Khas untuk pemandu teksi adalah Tamil Nesan Shanmugam dan Abdul Wahid Tahir kerana bersikap kejujuran mereka memulangkan barangan penumpang yang tertinggal di dalam teksi.
Lebih menarik lagi, ini adalah kali pertama SPAD memberi anugerah kepada pemandu-pemandu teksi sejak Anugerah Industri diperkenalkan tiga tahun lalu.
Selain Hanizan, 10 pemandu teksi terbaik turut menerima anugerah berdasarkan mata yang dipungut oleh mereka daripada pengguna aplikasi "Meter On".
Program Anugerah Industri dianjurkan sempena Simposium SPAD 2015 yang bertema "Journey Into The Future: Building People Centric Mobility".
Program ini telah berjaya mengumpulkan membawa 1,200 pemain industri duduk bersama dalam satu majlis bagi meraikan kejayaan pemain industri pengangkutan awam darat negara ini.
Senarai pemenang anugerah Pengangkutan Awam Darat adalah seperti berikut:
Syarikat pengangkutan terbaik (A) - JP Logistic Sdn Bhd
Pengusaha Terbaik (KA) - LTS Logistic Sdn Bhd
Pengusaha Bas Ekspres Terbaik - Sani United Berhad
Pengusaha Bas Persiaran Terbaik - Columbia Leisure Sdn Bhd
Pengusaha Bas Henti-Henti Terbaik - Handal Indah Sdn Bhd
Pengusaha Rel Terbaik - Rapid Rail Sdn Bhd
Inovasi Terbaik - Koc Wanita Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Sistem Pelincir Pengangkutan Rel Terbaik - KL Star 1 oleh Rapid Rail Sdn Bhd
Comments
Post a Comment