Posts

Azharuddin ialah CEO baru SPAD

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan lantikan Mohd Azharuddin Mat Sah sebagai CEO barunya mengantikan Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkuatkuasa Selasa. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan berkata kepakaran serta pengalaman Azharuddin dalam sektor LPT menjadikannya calon terbaik seiring usaha SPAD memacu pergerakan berpaksikan rakyat dan kesalinghubungan. "Bagi peranan baharunya ini, tanggungjawab segera Azharuddin adalah meningkatkan pertumbuhan ekosistem pengangkutan awam darat (LPT) seperti mana digariskan dalam Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara," katanya. Sebelum lantikan ini,Azharuddin yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan koprat adalah Pengarah Greater KL/Lembah Klang dan Pengangkutan Bandar dalam Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri. Mohd Nur Ismail, yang memegang jawatan CEO sejak pembentukan suruhanjaya itu pada 2010, akan menjadi CEO myHSR Corp, ...

SPAD LANCARKAN myBAS DI KANGAR, PERLIS

Image
 Kangar, 25 Ogos 2015 – Suruhanjaya Pegangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini telah mengumumkan pelancaran rasmi perkhidmatan bas henti-henti berjenama myBAS buat julung kalinya dibawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST). myBAS menyediakan perkhidmatan bas henti-henti yang lebih cekap dan boleh dipercayai orang ramai. Perkhidmatan myBAS yang telah mula beroperasi di Kangar pada 1 Ogos 2015 telah menerima sambutan yang positif di mana terdapat peningkatan jumlah bilangan penumpang harian dari 271 ke 447 penumpang. Perkhidmatan myBAS ini menawarkan liputan yang lebih luas di Kangar dengan jumlah jarak laluan sebanyak 337 km, yang merupakan peningkatan daripada 124 km sebelum ini. Ianya menyediakan akses yang lebih baik kepada masyarakat bandar dan luar bandar dengan pelaksanaan di 5 laluan utama dan 10 laluan perantara.  Bagi sesetengah laluan, kekerapannya ditingkatkan ke dua kali ganda, manakala waktu operasi laluan utama telah dilanjutkan sehing...

MyBAS ganti skim ISBSF

Image
Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF) yang diperkenal sejak 2012 akan digantikan dengan Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) yang menggunakan jenama myBAS. Malah myBAS telahpun bermula di Perlis sejak 1 Ogos lalu dan akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Ogos nanti. Pelancaran myBAS seterusnya akan dilakukan di Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuching. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata langkah itu adalah sebagai penyelesaian jangka panjang untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bas henti-henti di seluruh negara. Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan cek RM10.3 juta yang merupakan sebahagian dana ISBSF untuk tahun 2015 kepada 11 wakil pengendali bas di ibupejabat SPAD di Kuala Lumpur, pada Jumaat. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal. 11 syarikat pengendali bas yang menerima dana berkenaan ialah Wawasan Sutera Travel & Tours, Seranas (Sel...

Diskaun 30% bagi pengguna perkhidmatan bas antara bandar

Image
KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2015 – Mulai 1 September 2015, diskaun 30% akan diberikan kepada pengguna bas yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Ini merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban Rakyat bagi mengurangkan perbelanjaan kos sara hidup mereka. Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam bagi tujuan kemudahan dan keselesaan Rakyat. Ia bukan sahaja memberikan manfaat kepada pengguna yang tinggal di pinggir bandar dan bekerja di Kuala Lumpur, ianya juga secara langsung akan menggalakkan rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam dan membantu ia menjadi mod pilihan mereka. Diskaun ini disediakan untuk 3 laluan utama iaitu Seremban – Kuala Lumpur, Klang – Kuala Lumpur dan Rawang – Kuala Lumpur termasuk laluan Bus Expressway Transit 5 dan 6 (BET). Kemudahan ini menawarkan tambang bulanan dengan kadar diskaun tersebut melalui pembelian pa...

KABINET MELULUSKAN STRUKTUR TAMBANG BRT BAGI LEMBAH KLANG

Image
KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan bahawa Kabinet telah meluluskan struktur tambang Bas Rapid Transit (BRT) bagi Lembah Klang pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Julai, 2015. Kabinet telah meluluskan struktur tambang yang terdiri daripada komponen tambang asas sebanyak RM0.90 dan komponen tambang berdasarkan perjalanan setiap kilometer, bermula dengan RM0.815 setiap kilometer bagi 6km pertama, RM0.513 setiap kilometer untuk perjalanan 6 hingga 12km, RM0.421 setiap kilometer untuk perjalanan 12 hingga 18km, RM0.282 untuk setiap kilometer bagi perjalanan 18 hingga 24 km dan RM0.212 setiap kilometer bagi perjalanan melebihi 24km. Struktur ini menghadkan tambang maksimum yang boleh dikenakan bagi perkhidmatan BRT. Dengan itu pihak pengendali tidak dibenarkan mengenakan tambang melebihi kadar yang telah ditetapkan ini. Kabinet juga mengarahkan pengendali memberikan potongan tambang sebanyak 50% bagi pelajar, warga emas dan orang ku...

Toyota Innova jadi TEKS1M tak ada kena mengena dengan politik.

Image
Keputusan penggunaan Toyota Innova adalah sebagai model tambahan bagi Teksi 1Malaysia (TEKS1M) dan bukannya menggantikan Exora yang digunakan sebelum ini. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, berkata, keputusan itu dibuat bukan atas kehendak suruhanjaya tetapi atas permintaan pengusaha dan pemandu teksi supaya mereka mempunyai pilhan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Toyota Innova sebagai TEKS1M di Petaling Jaya, pada Selasa. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal. Syed Hamid turut menafikan keputusan itu ada kena mengena dengan senario politik sekarang di mana berlaku pergeseran antara pengerusi proton, Tun Dr Mahathir dengan Perdana Menteri. "Saya tak terfikir pun. Kita mengambil masa yang amat panjang memikirkan perkara ink. Kita menyokong industri kereta nasional. Kita tidak boleh menggantikan Exora dengan Toyota. Ini adalah pengelebaran bekalan...

SPAD jalankan Ops SERKAP bantu pengguna pengangkutan awam

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyita 55 kenderaan dan mengesan 89 kes kesalahan menggunakan kenderaan persendirian sebagai teksi sapu  di Lembah Klang sejak Oktober tahun lalu. Ketua Jabatan Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama orang ramai dan aduan pemandu-pemandu teksi berlesen yang pendapatan mereka terjejas berikutan aktiviti haram itu. Menurut beliau, ramai daripada pemandu kereta sapu haram itu menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mendapatkan pelanggan. "Menggunakan aplikasi pintar bukan bermakna mereka boleh menjadi pemandu teksi. Kenderaan ini haram dan tidak mempunyai permit yang dikeluarkan SPAD serta tidak menjamin perlindungan insuran untuk penumpang," katanya. Beliau berkata demikian selepas mengetuai Ops Serkap di Pudu Sentral, pada Khamis. Ops berkenaan bertumpu kepada pemeriksaan penjualan tiket serta perjalanan bas-bas sempena cuti Aidilfitri. Dalam Ops be...