Azharuddin ialah CEO baru SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan lantikan Mohd Azharuddin Mat Sah sebagai CEO barunya mengantikan Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkuatkuasa Selasa.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan berkata kepakaran serta pengalaman Azharuddin dalam sektor LPT menjadikannya calon terbaik seiring usaha SPAD memacu pergerakan berpaksikan rakyat dan kesalinghubungan.

"Bagi peranan baharunya ini, tanggungjawab segera Azharuddin adalah meningkatkan pertumbuhan ekosistem pengangkutan awam darat (LPT) seperti mana digariskan dalam Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara," katanya.

Sebelum lantikan ini,Azharuddin yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan koprat adalah Pengarah Greater KL/Lembah Klang dan Pengangkutan Bandar dalam Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri.

Mohd Nur Ismail, yang memegang jawatan CEO sejak pembentukan suruhanjaya itu pada 2010, akan menjadi CEO myHSR Corp, sebuah syarikat disokong kerajaan yang terbabit dalam pengurusan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura.- 1/9/2015

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap