SPAD pakai treler angkut teksi!
Sesudah beratus kali operasi dilakukan dan masih ramai pemandu teksi yang degil tak mahu gunakan meter, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kali ini mengambil langkah drastik menggunakan treler untuk mengangkut teksi yang disita "on-the-spot". Dalam satu operasi khas merangkumi kawasan Subang sampai ke Sungai Buloh dan Puchong, unit penguatkuasaan SPAD yang diketuai oleh Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad pada Rabu, 30 pemandu diberkas kerana melakukan pelbagai kesalahan. "Kesalahan paling banyak sekali ialah pemandu teksi tak guna meter di mana kita dapati 27 melakukan kesalahan itu. "Dua orang tidak ada kad pemandu dan satu lagi kad pemandunya mati dan tamat tempoh," kata Che Hasni kepada pemberita selepas tamat operasi. Che Hasni berkata operasi berkenaan dianggap kejayaan 100 peratus. "Kita hantar 30 pasukan penyamaran untuk membuat operasi. Kiranya kita dapat 100% mengena. "Kita sudah buat operasi sebegini kerapkali ...