SPAD perkenal konsep baru bas henti-henti di lima ibu negeri

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memeterai perjanjian dengan Cityliner Sdn Bhd dan MARA Liner Sdn Bhd untuk memperkenalkan konsep baru perkhidmatan bas henti-henti yang berasaskan konsep ‘network planning’ bagi Seremban dan Kangar.
Menerusi skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (‘SBST’) rakyat akan menikmati perkhidmatan yang lebih cekap dan boleh dipercayai.
Skim ini akan dilancarkan pada bulan April bagi Seremban, manakala Perlis pada bulan Jun 2015. Skim ini juga dijangka akan diperkenalkan di Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuching pada tahun ini.
Projek bernilai RM100 juta yang melibatkan lima ibu negeri ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Projek ini akan meningkatkan akses kepada perkhidmatan bas di kelima-lima bandar di mana bas henti-henti akan menjadi tunjang kepada sistem perkhidmatan awam.

Menjelang 2020, projek ini dengan kerjasama rapat kerajaan negeri akan dilaksanakan di kesemua daerah di seluruh negara.
Pada majlis pemeterian perjanjian di Kuala Lumpur Jumaat SPAD diwakili Pengerusinya, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

Pengarah Eksekutif Cityliner, Tengku Mohd Hasmadi Tengku Hasim dan Pengarah MARA Liner, Puan Rohayah Mohd Zain telah memeterai perjanjian bagi pihak Cityliner dan MARA Liner.
Pengguna pengangkutan awam di Seremban dan Perlis akan menikmati peningkatan dalam rangkaian perhubungan dan perkhidmatan yang boleh dipercayai ke kawasan utama seperti pusat komersil, kawasan perumahan serta sekolah-sekolah dan kolej.

Projek ini menintegrasikan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspress dan perkhidmatan rel.
Di Seremban, liputan rangkaian bas akan ditingkatkan kepada 601 km daripada 343 km, dengan bilangan laluan yang ditambah kepada 24 laluan daripada 19.

Di Kangar, liputan akan ditingkatkan kepada 337 km daripada 124 km manakala bilangan laluan akan ditambah kepada 15 daripada 7.
Syed Hamid berkata, “Perkhidmatan bas henti-henti merupakan pengangkutan yang penting untuk rakyat di luar kawasan Lembah Klang. Industri bas henti-henti telah mengalami beberapa masalah struktur yang menjejaskan kemampanannya sebagai komponen penting dalam sistem pengangkutan awam.- 23/1/2015

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap