Posts

Persatuan minta naik tambang bas sekolah 30 peratus...

Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) akan mengenakan kadar baru tambang bas sekolah pada sesi persekolahan tahun depan dengan kenaikan sebanyak 30 peratus. Presiden GPBSM Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, kenaikan itu sudah dipersetujui semua 18,000 pengusaha bas sekolah yang bernaung di bawah gabungan itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Katanya, cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah itu terpaksa dilakukan mulai sesi persekolahan tahun depan selepas ia ditangguhkan tahun ini. “Pada dasarnya kita bercadang untuk menaikkan kadar tambang bas sekolah 30 peratus selepas Tahun Baru Cina lalu, tetapi tidak mendapat persetujuan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). “Bagaimanapun, agensi itu sudah memberi kebenaran kepada gabungan menetapkan kadar baru bagi sesi persekolahan tahun depan, namun perlu berunding dengan ibu bapa bagi mendapatkan persetujuan bersama. “Kami akan memaklumkan ibu bapa mengenai kadar baru itu dan berharap selepas ini...

SPAD akan terus sita teksi tak guna meter.

Image
Berpuluh-puluh operasi telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sepanjang tahun ini bagi membanteras kegiatan pemandu teksi tak guna meter. Amaran demi amaran dan pelbagai tindakan telah dibuat, tetapi masih ramai yang degil. Sehubungan itu SPAD tak akan beri muka lagi selepas ini dan akan terus menyita serta merta teksi pemandu yang degil tak mahu guna meter. "Selepas ini, bila operasi kami akan terus sahaja sita teksi pemandu yang degil. Pengusaha atau pengendali kena datang ke tempat sita jumpa saya," kata Pengurus Besar Penguatkuasaan SPAD, Dato Che Hasni Che Ahmad. Che Hasni berkata amalan sebelum ini ialah SPAD akan memberikan amaran dan memanggil pemandu dan pengusaha untuk memberi keterangan terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan menyaman atau menyita. "Kali ini kami akan terus sita saja. Saya tak mahu lagi biarkan pemandu teksi bermaharajalela tidak menggunakan meter. Saya juga nak bagi amaran dan ingatan kepada pemandu ...

Respon S.P.A.D. terhadap Bajet 2015

Image
Gambar arkib KENYATAAN AKHBAR TAN SRI DATO' SERI DR. SYED HAMID ALBAR PENGERUSI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT KUALA LUMPUR: 11 Oktober 2014 - Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) menerima baik pengumuman belanjawan 2015 oleh YAB Perdana Menteri. Secara keseluruhannya, ini merupakan satu belanjawan holistik dan menyeluruh yang memberi penekanan kepada rakyat.  Dari perspektif pengangkutan awam,  perancangan dan langkah-langkah yang diumumkan oleh YAB PM adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan untuk mentransformasikan pengangkutan awam darat. Dengan peruntukan pembangunan bagi beberapa projek infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam seperti peruntukan sebanyak RM70 juta bagi projek bas elektrik , projek pembinaan laluan LRT dari Bandar Utama-  Shah Alam-  Klang dengan peruntukan RM9 billion , projek MRT Selayang- Putrajaya dengan peruntukan RM 23 billion dan insentif untuk perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan KL ke Seremban, Rawang dan Kla...

Kuatkuasa larangan kenderaan berat pada cuti umum - LLM

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bercadang menguatkuasakan perintah larangan kepada kenderaan berat semasa cuti-cuti umum tertentu dalam usaha mencegah kemalangan di lebuh raya. Ketua Pengarah LLM Datuk Ir Ismail Md Salleh berkata pihaknya percaya, kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dapat menguatkuasakan larangan itu melalui Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987. “Larangan (boleh) dikuatkuasakan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melarang atau menyekat daripada memandu atau menggunakan kenderaan-kenderaan atau apa-apa kelas atau perihalan tertentu kenderaan-kenderaan di mana-mana jalan atau mana-mana bahagian jalan yang dinyatakan dalam perintah itu,” katanya dalam satu kenyataan Rabu. LLM mengulas mengenai kemalangan di KM256.1 (Arah Utara) Lebuhraya PLUS iaitu 4.7 kilometer selepas Terowong Menora pada 4 Okt lepas yang telah mengorbankan seorang ibu dan anaknya selain mencederakan tiga yang lain. Ismail berkata pihaknya menerusi syarikat konsesi PLUS Berha...

SPAD serah kepada sekolah dan ibubapa tetapkan tambang bas sekolah.

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyerahkan kuasa kepada sekolah dan ibubapa untuk menetapkan kadar tambang bas sekolah mulai tahun depan. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar pada sidang media di Kuala Lumpur, Jumaat, berkata keputusan itu dibuat setelah suruhanjaya mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak yang berkepentingan. "Dengan keputusan deregulasi tambang bas sekolah ini,  bermakna SPAD menukar peranannya daripada menetapkan tambang kepada memantau dan mengawal selia sahaja. "Ini bermakna pihak sekolah dan ibubapa menerusi Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) boleh berunding dengan pengendali bas bagi menentukan kadar tambang mengikut jenis dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. "Mereka juga boleh memutuskan untuk meluluskan atau menolak permohonan pengendali bas sekolah," katanya. Menurut Syed Hamid, sebagai salah satu langkah mengatasi masalah bas sekolah "sapu" SPAD akan memudahkan permohonan lesen pen...

Laluan Merah dan Biru Bas GO KL disusun semula demi keselesaan.

Image
PENAMBAHBAIKAN LALUAN MERAH DAN LALUAN BIRU BAGI PERKHIDMATAN BAS BANDAR GO KL KUALA LUMPUR: 23 September 2014  –Mulai 1hb Oktober 2014, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) akan menambahbaik Laluan Merah dan Laluan Biru perkhidmatan bas Bandar GO KL. Melalui penilaian prestasi yang telah dijalankan keatas kedua-dua laluan ini semenjak mula beroperasi, S.P.A.D telah mengambil keputusan untuk melaksanakan langkah penambahbaikan laluan Merah dan Biru ini demi meningkatkan kadar penggunaan perkhidmatan ke tahap yang optima. Langkah penambahbaikan ini merangkumi perubahan lokasi mula dan akhir laluan, penambahan perkhidmatan ke destinasi tumpuan orang ramai dan pemberhentian perkhidmatan ke destinasi yang kurang mendapat sambutan pengguna Go KL. Untuk makluman, perkhidmatan bas Bandar GO KL ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Ogos 2012 dengan dua (2) laluan sahaja iaitu Laluan Hijau dan Laluan Ungu dan kemudiannya Laluan Merah dan Laluan biru pada...

Di celah kesibukan...Syed Hamid sempat terjemah buku

Image
Dalam kesibukannya memegang tugas sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Duta Khas OIC ke Myanmar serta menamatkan Phd, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar masih sempat menterjemahkan sebuah buku berjudul Wasatiyyah Dalam Al-Quran dan Sunnah. Buku itu diterjemahkan daripada karya asal dalam bahasa Inggeris berjudul “Moderation and Balance In Islam: The Quranic Principle of Wasatiyyah, oleh Professor Dr Mohammad Hashim Kamali yang turut hadir pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabbery Cheek. Syed Hamid bukan baru dalam dunia penulisan malah pernah menulis beberapa naskah buku, antaranya “Di Perjalanan” serta antologi sajak berjudul “Jendela Hidup” dan “Meninta di Ufuk Kabus” selain menulis pelbagai artikel di akhbar dan majalah. Tetapi ini adalah kali pertama Syed Hamid menceburkan diri dalam bidang penterjemahan. “Ia bukan kerja yang mudah. Saya terpaksa membaca berulangkali setelah selesai membuat terjemahan...