Posts

Laluan Merah dan Biru Bas GO KL disusun semula demi keselesaan.

Image
PENAMBAHBAIKAN LALUAN MERAH DAN LALUAN BIRU BAGI PERKHIDMATAN BAS BANDAR GO KL KUALA LUMPUR: 23 September 2014  –Mulai 1hb Oktober 2014, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) akan menambahbaik Laluan Merah dan Laluan Biru perkhidmatan bas Bandar GO KL. Melalui penilaian prestasi yang telah dijalankan keatas kedua-dua laluan ini semenjak mula beroperasi, S.P.A.D telah mengambil keputusan untuk melaksanakan langkah penambahbaikan laluan Merah dan Biru ini demi meningkatkan kadar penggunaan perkhidmatan ke tahap yang optima. Langkah penambahbaikan ini merangkumi perubahan lokasi mula dan akhir laluan, penambahan perkhidmatan ke destinasi tumpuan orang ramai dan pemberhentian perkhidmatan ke destinasi yang kurang mendapat sambutan pengguna Go KL. Untuk makluman, perkhidmatan bas Bandar GO KL ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Ogos 2012 dengan dua (2) laluan sahaja iaitu Laluan Hijau dan Laluan Ungu dan kemudiannya Laluan Merah dan Laluan biru pada...

Di celah kesibukan...Syed Hamid sempat terjemah buku

Image
Dalam kesibukannya memegang tugas sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Duta Khas OIC ke Myanmar serta menamatkan Phd, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar masih sempat menterjemahkan sebuah buku berjudul Wasatiyyah Dalam Al-Quran dan Sunnah. Buku itu diterjemahkan daripada karya asal dalam bahasa Inggeris berjudul “Moderation and Balance In Islam: The Quranic Principle of Wasatiyyah, oleh Professor Dr Mohammad Hashim Kamali yang turut hadir pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabbery Cheek. Syed Hamid bukan baru dalam dunia penulisan malah pernah menulis beberapa naskah buku, antaranya “Di Perjalanan” serta antologi sajak berjudul “Jendela Hidup” dan “Meninta di Ufuk Kabus” selain menulis pelbagai artikel di akhbar dan majalah. Tetapi ini adalah kali pertama Syed Hamid menceburkan diri dalam bidang penterjemahan. “Ia bukan kerja yang mudah. Saya terpaksa membaca berulangkali setelah selesai membuat terjemahan...

Separa Landasan Rel Sektor Gemas - Gua Musang Ditutup Serta-Merta

Image
SPAD ARAHKAN PENUTUPAN SEPARA LANDASAN REL SEKTOR GEMAS-GUA MUSANG DILAKSANAKAN SERTA MERTA Gambar Arkib KUALA LUMPUR, 11 Julai 2014  – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) hari ini telah mengarahkan KTMB agar penutupan landasan secara separa di sektor Gemas – Gua Musang dilaksanakan dengan serta merta selepas insiden kegelinciran tren berhampiran Stesen Kemayan, Pahang pada 8 Julai 2014.Tindakan ini akan membolehkan KTMB menjalankan kerja-kerja memeriksa serta menyelenggara landasan secara komprehensif di sektor berkenaan pada waktu siang sebelum membenarkan tren beroperasi semula pada waktu malam. Sebelum ini, S.P.A.D. telah bersetuju pada 26hb Jun 2014 untuk KTMB menutup secara spara landasan KTM sektor Gemas-Gua Musang mulai  15hb Ogos 2014 .  Keputusan ini dibuat selepas mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan oleh KTMB serta komitmen pengendali rel ini untuk mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko kemalangan dan menjam...

TPM yakin transformasi pengangkutan awam akan capai KPI tahun depan.

Image
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin transformasi pengangkutan awam berupaya mencapai sasaran 25% yang ditetapkan oleh kerajaan menjelang 2015, memandangkan tahun ini ia telahpun menunjukkan peningkatan 21 peratus, berbanding empat tahun lalu. Muhyiddin berkata pada akhir 2013, sasaran purata bulanan 400,000 penumpang pengangkutan awam pada waktu puncak juga berjaya dilepasi dengan purata 437,525 penumpang setiap bulan, iaitu peningkatan 21 peratus dari tahun sebelumnya. “Saya percaya peningkatan jumlah pengguna pengangkutan awam ini disebabkan beberapa penambahbaikan yang diperkenalkan Kerajaan. Antaranya, penambahan kapasiti set tren perkhidmatan KTM komuter daripada tiga kepada enam gerabak dan pewujudan hab pengangkutan awam bersepadu yang strategik seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan,” katanya, Muhyiddin berkata demikian semasa berucap merasmikan Kompleks Parkir Bertingkat "Park N Ride" Stesen Transit Aliran R...

SPAD gesa kerajaan salur peruntukan RM400 juta segera kepada KTMB untuk baiki landasan Gemas-Gua Musang

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggesa kerajaan segera menyalurkan peruntukan RM400 juta kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk memulakan kerja-kerja membaikpulih landasan keretapi laluan Gemas-Gua Musang yang rosak teruk.. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata peruntukan itu mesti disegerakan kerana nyawa dan keselamatan penumpang menjadi taruhan. Katanya sekiranya peruntukan itu lambat diperolehi, KTMB tidak dapat melakukan kerja membaik pulih dengan serta merta dan SPAD tidak ada pilihan selain menutup landasan berkenaan selama dua tahun. “Oleh kerana keselamatan rakyat diutamakan, SPAD telah membantu KTMB untuk mendapatkan peruntukan RM400 juta daripada Kerajaan untuk tujuan membaikpulih landasan sektor tersebut. Ia telahpun diluluskan oleh EPU. “Kita tahu Kerajaan menyedari bahawa KTMB adalah sebuah syarikat yang kos penyelenggaraan dan operasinya lebih tinggi daripada pendapatan.  Maka mereka menghadapi masa...

SPAD’s Response to Article Entitled ‘SPAD’s Chairman is also Proton’s Salesman’

Image
Berikut jawapan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung artikel yang disiarkan dalam sisipan Cars, Bikes & Trucks di akhbar New Straits Times: SPAD’s Response to Article Entitled ‘SPAD’s Chairman is also Proton’s Salesman’   With reference to the article entitled ‘SPAD’s Chairman is also Proton’s Salesman,’ Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (‘SPAD’) would like to clarify. The decision to use the Proton Exora was made by the government and it is in line with the National Car Policy. It is not within the ambit of the SPAD Chairman.   As a government agency implementing the taxi industry transformation, SPAD is bound to follow this policy. The decision was based on various considerations including technical specifications, luggage space, legroom and headroom. In terms of value-for-money, the question of affordability for taxi drivers was also considered. The Proton Exora is the most affordable model within its class. The value pr...

Penangguhan Penutupan Landasan KTM Sektor Gemas - Gua Musang

Image