Posts

SPAD Lindungi Kepentingan Awam Sebelum Putuskan Kenaikan Tambang Bas Sekolah

SPAD Lindungi Kepentingan Awam Sebelum Putuskan Kenaikan Tambang Bas Sekolah KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memberi pertimbangan ke arah melindungi kepentingan awam sebelum membuat keputusan berhubung cadangan menaikkan tambang bas. Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata suruhanjaya itu juga akan berusaha mencapai formula agar tidak menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pihak yang berkaitan. "Kadar tambang bagi bas sekolah akan diumumkan tidak lama lagi. Kami mengadakan beberapa mesyuarat dan meneliti beberapa cadangan. "Kami perlu menimbangkan (kepentingan) orang awam juga, kerana mereka sudah tentulah tidak mahu sebarang kenaikan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pengangkutan Bandar dan Transit Aliran Massa (MRT) 2013 di sini Selasa. Syed Hamid mengulas cadangan Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia untuk menaikkan tamba...

SPAD gantung lesen pengendali Genting Highlands Transport

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung lesen pengendali Genting Highlands Transport Sdn.Bhd berkuatkuasa 25 November 2013. Dalam kenyataan yang diedar kepa media pada Selasa, SPAD memaklumkan notis mengenai keputusan berkenaan ttelah dihantar pada 18 November 2013. Menurut kenyataan itu lagi, tindakan menggantung lesen pengendali berkenaan diambil setelah meneliti laporan audit ICOP keselamatan yang dilakukan oleh pasukan SPAD, berikutan kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut yang meragut 37 nyawa di Jalan Genting Highland pada 21 Ogos 2013.  Syarikat berkenaan diberi tempoh tujuh hari dari tarikh notis dikeluarkan untuk memaklumkan kepada penumpang mengenai penggantungan perkhidmatan tersebut. Sebagai alternatif, Resort World Tour Sdn.Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres dari Pudu Sentral, KL Sentral dan Stesen LRT Putra, Gombak ke Genting Highlands. - 19/11/13.

SPAD anjur anugerah untuk pengusaha, pengendali dan pemandu pengangkutan awam darat.

Image
SPAD anjur anugerah untuk pengusaha, pengendali dan pemandu pengangkutan awam darat. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengiktiraf pengusaha dan pemandu pengangkutan awam darat yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang atau menyumbang kepada masyarakat dalam satu majlis gemilang yang dijadualkan berlangsung Disember depan. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, anugerah itu akan diadakan bersempena Simposium Pengangkutan Awam Darat 2013 di Kuala Lumpur. Beliau mengumumkan demikian semasa majlis taklimat SPAD kepada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di Kuala Lumpur, Ahad. Ia adalah pertemuan pertama diadakan antara SPAD dan BNBBC sejak ia ditubuhkan pada 2010. “Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2014 kita ada ganjaran untuk duta-duta kecil pengangkutan awam darat. Mereka yang memberikan perkhidmatan cemerlang dan sifat terpuji akan dihargai,” katanya. Antara kategori yang disediakan untuk malam berkenaan ialah Anugerah...

Pemandu mungkin lupa, tapi SPAD tak pernah lupa.

Image
Pemandu mungkin lupa, tapi SPAD tak pernah lupa. Pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat tak lupakan pelanduk. Begitulah halnya dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pemandu teksi mungkin ada kalanya terlupa SPAD sentiasa buat operasi, lantas sesuka hati melanggar peraturan. Tetapi SPAD tak pernah lupa pada pemandu teksi. Itulah mesej yang mahu diberikan kepada pemandu-pemandu teksi yang tak serik-serik melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat dan secara langsung menjejaskan imej negara, apatah lagi menjelang Tahun Melawat Malaysia. Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD , Datuk Paduka Mejar (B) Che Hasni Che Ahmad berkata, pihaknya tidak mengadakan operasi secara bermusim, malah sentiasa melakukannya untuk memantau pemandu teksi, terutama yang tidak menggunakan meter. “Kami melakukan operasi dari semasa ke semasa untuk mentertibkan pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab.   Malah, setiap kali ada perayaan, kami bek...

Suasana sekitar Mengo-SPAD Green Hunt 2013

Image
MENGO-SPAD GREEN HUNT 2013   SPAD in collaboration with MENGO, a network of 22 Environmental Civil Society groups in Malaysia  is organising a Green Hunt, which will focus on public transportation and the 3Rs – Reduce, Reuse, and Recycle. This public event, will be held in conjunction with the Malaysian National Environmental Week.  Venue           :       Main Foyer of Platinum Sentral (SPAD HQ)                              Platinum Sentral,                              Jalan Stesen Sentral 2,                  ...

Program Interaksi bersama pengguna (SPAD)

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjangkakan struktur kadar tambang baharu perkhidmatan teksi untuk seluruh Semenanjung akan diumumkan  pada suku pertama tahun depan. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, hasil penyelidikan dan kajian yang telah dan sedang dijalankan dengan pihak-pihak berkepentingan menunjukkan kos mengendalikan teksi meningkat sejak semakan kadar tambang kali terakhir dibuat empat tahun lalu. "Kali terakhir semakan dibuat ialah pada 2009. Maka langkah SPAD untuk mengemukakan struktur baharu tambang teksi untuk semua kelas adalah tepat pada masanya," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Interaksi Bersama Pengguna dan Industri Teksi - Kajian Kadar Tambang Teksi di Kuala Lumpur, Jumaat Menurut Syed Hamid, kajian yang sedang dilaksanakan oleh SPAD di seluruh negara dijangka selesai pada penghujung tahun ini. "Perbincangan dan kajian dengan pihak-pihak yang berkepentingan seperti pengusaha dan pemandu ...