SPAD gantung lesen pengendali Genting Highlands Transport
Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung lesen pengendali Genting Highlands
Transport Sdn.Bhd berkuatkuasa 25 November 2013.
Dalam
kenyataan yang diedar kepa media pada Selasa, SPAD memaklumkan notis mengenai keputusan
berkenaan ttelah dihantar pada 18 November 2013.
Menurut
kenyataan itu lagi, tindakan menggantung lesen pengendali berkenaan diambil
setelah meneliti laporan audit ICOP keselamatan yang dilakukan oleh pasukan
SPAD, berikutan kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut yang meragut
37 nyawa di Jalan Genting Highland pada 21 Ogos 2013.
Syarikat
berkenaan diberi tempoh tujuh hari dari tarikh notis dikeluarkan untuk
memaklumkan kepada penumpang mengenai penggantungan perkhidmatan tersebut.
Sebagai
alternatif, Resort World Tour Sdn.Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres
dari Pudu Sentral, KL Sentral dan Stesen LRT Putra, Gombak ke Genting
Highlands. - 19/11/13.
Comments
Post a Comment