Pengoperasian Semula Perkhidmatan KTMB Gemas-Gua Musang
28 Mei, 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil maklum bahawa
KTMB telah mengemukakan perancangan pengoperasian semula perkhidmatan tren antara
Gemas-Gua Musang serta Kemubu-Bukit Abu; yang dicadangkan akan bermula pada
pertengahan bulan Julai 2015, setelah kerja-kerja pemulihan sementara landasan siap
dijalankan.
SPAD telah menjalankan pemeriksaan landasan yang terperinci pada 21 Mei 2015. Lanjutan
itu, KTMB telah membentangkan kepada SPAD pada 25 Mei 2015 mengenai kerja baikpulih
dengan memberi fokus kepada pemulihan sementara landasan di antara Gemas-Gua
Musang dan Kemubu-Bukit Abu, untuk mengembalikan keadaan landasan kepada tahap
selamat bagi penggunaan dan operasi tren.
KTMB dengan itu merancang untuk memulakan operasi secara separa sebelum kerja-kerja
keseluruhan pembaharuan landasan siap, dengan jaminan bahawa langkah-langkah
kawalan yang ketat akan diutamakan. Kerja-kerja pemulihan sementara landasan tersebut
merangkumi kerja-kerja seperti pelebaran semula longkang, pengukuhan struktur landasan
dan cerun, selipar kayu dan klip landasan yang baru.
Kerja-kerja pembaikan secara keseluruhannya di sepanjang koridor yang terjejas teruk
akibat banjir akan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik Kementerian Pengangkutan
Malaysia dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2017.
Bagi memastikan langkah-langkah kawalan serta persediaan untuk operasi secara separa
dibuat dengan rapi, KTMB perlu mematuhi keperluan yang telah ditetapkan Suruhanja
Pengankutan Awam Darat sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Akta
Pengangkutan Awam Darat 2010. Sejurus itu KTMB telah diarah oleh SPAD untuk
mengemukakan semula permohonan bagi pembukaan separa landasan serta operasi tren
tersebut setelah kerja-kerja pemulihan dilaksanakan berserta dokumen sokongan dan
pengesahan perunding bebas bahawa keadaan landasan telah diperiksa dan selamat untuk
kembali beroperasi.
Oleh itu, tarikh bagi pembukaan landasan dan perkhidmatan tren di sektor Gemas-Gua
Musang dan Kemubu-Bukit Abu akan ditentukan oleh SPAD setelah KTMB memenuhi
semua kerja pemulihan sementara landasan tersebut serta syarat-syarat keselamatan
yang telah ditetapkan oleh SPAD. Sebagai operator yang dilesenkan oleh SPAD, KTMB akan
dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap aspek-aspek keselamatan, penyelenggaraan
dan operasi tren.
-Tamat-
Block D, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
T: +603 2726 7000 F: +603 2726 7100 http://www.spad.gov.my
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
ReplyDeleteJADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
THNKS ROOMX SOBAT