Kenyataan SPAD mengenai insiden agihan Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia




Foto: Sairien Nafis/NSTP
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan kenyataan mengenai insiden berebut untuk ambil Kad Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di MAEPS,Serdang petang Jumaat.

Menurutnya seramai 30 orang pemandu teksi mengalami kecederaan ringan dalam insiden itu .

Pemandu-pemandu yang terlibat telah menerima rawatan serta-merta, manakala seorang lagi individu telah mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya.

SPAD akan menanggung kos perubatan bagi individu tersebut.
Anggota penguatkuasaan SPAD, PDRM dan RELA telah mengambil tindakan serta-merta untuk mengawal keadaan dan pada jam 7.00 malam keadaan sudah terkawal.

Insiden yang tidak diingini ini telah berlaku akibat segelintir para hadirin yang tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan kawalan sistematik yang disediakan apabila mereka masuk ke dewan pengambilan kad.

Seramai 12,000 pemandu teksi telah hadir dan didapati sebahagian besar pemandu-pemandu teksi tersebut telah memberikan kerjasama ketika beratur untuk mengambil kad tersebut.

Sebanyak 60 kaunter pengurusan pendaftaran dan sistem ‘queue’ untuk pengambilan kad telah disediakan.

SPAD ingin mengesyorkan para pemandu teksi di seluruh negara yang masih belum menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, bahawa kad tersebut boleh diperolehi di pejabat-pejabat SPAD di seluruh negara (kecuali Ibu Pejabat di Kuala Lumpur), iaitu di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Johor Bahru mulai hari Isnin, 16 April 2018 sehingga 16 Julai 2018.

Manakala bagi cawangan SPAD di Melaka, UTC Ipoh, UTC Alor Setar, UTC Kota Bahru dan UTC Kuantan, kad tersebut boleh diperolehi bermula dari Selasa 17 April, 2018 sehingga 16 Julai 2018.
Bagi para pemandu di Sabah dan Sarawak, mereka boleh mendapati Kad Bantuan Teksi 1Malaysia daripada LPKP Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak. Tarikh akan dimaklumkan oleh pejabat LPKP Sabah dan Sarawak.- 13/4/2018

Comments

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
    senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya 1 allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap