30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap

Bayangkan perjalanan dari Sungai Buloh ke Putrajaya hanya akan mengambil masa 30 minit sahaja! Ini bukan omong kosong, tetapi akan menjadi realiti apabila projek Mass Rapid Transit (MRT) Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) siap sepenuhnya. Jaminan itu diberikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Razak ketika merasmikan majlis pecah tanah bagi fasa dua Laluan SSP di Putrajaya, Khamis. Majlis pecah tanah projek itu yang bernilai RM32 bilion diadakan berhampiran Stesen Putrajaya Sentral dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk apabila laluannya siap sepenuhnya menjelang 2022. Laluan SSP sejauh 52.2km itu mempunyai 37 stesen, di mana 11 stesen adalah stesen bawah tanah sejauh 14.5km. Ia akan beroperasi dari Sungai Buloh ke Putrajaya melalui Kepong, Batu, Jalan Ipoh, Titiwangsa, KLCC, Tun Razak Exhange, Bandar Malaysia, Sungai Besi, Serdang, UPM dan Cyberjaya. Laluan SSP juga akan dilen...