Maklum balas Media TEKS1M tidak gagal - masih di peringkat awal
21 Julai 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merujuk kepada laporan media di dalam Berita Harian yang bertajuk ‘TEKS1M gagal jadi ikon negara,’ pada 20 Julai 2016. SPAD ingin menegaskan adalah tidak adil dan tidak tepat sama sekali untuk menghukum bahawa inisiatif TEKS1M telah gagal, sedangkan ia masih di peringkat awal dan masih berjalan mengikut fasa-fasa pelaksanaan. Memandangkan terdapat sekitar 86,000 teksi daripada pelabagai kelas lesen di Malaysia, perubahan yang perlu dilaksanakan tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata. Kita perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang merangkumi permasalahan struk...