Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti di Kuala Lumpur

PENYUSUNAN SEMULA RANGKAIAN BAS HENTI-HENTI BAKAL MENINGKATKAN LIPUTAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN PERKHIDMATAN BAS DI GREATER KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG 8 koridor, 241 laluan, 2000 bas untuk menambah baik pengangkutan awam darat Kuala Lumpur, 30 November 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam usaha menaik taraf industri pengangkutan awam darat di Malaysia, akan melaksanakan Bus Network Revamp (BNR) atau penyusunan semula rangkaian perkhidmatan bas henti-henti di Greater Kuala Lumpur mulai 1 Disember 2015. Di bawah penyusunan semula rangkaian bas ini, koridor bas sedia ada akan disusun semula menjadi koridor yang lebih kecil berdasarkan jalan utama yang menghubungkan Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Rangkaian bas ini dibahagikan kepada 8 koridor iaitu Koridor Jalan Ipoh, Koridor Jalan Pahang, Koridor Ampang, Koridor Cheras, Koridor Sg. Besi, Koridor Klang Lama, Koridor Lebuhraya Persekutuan dan Koridor Damansara. Penambahbaikan rangkaian bas ini akan mengura...