SPAD perkenal konsep baru bas henti-henti di lima ibu negeri

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memeterai perjanjian dengan Cityliner Sdn Bhd dan MARA Liner Sdn Bhd untuk memperkenalkan konsep baru perkhidmatan bas henti-henti yang berasaskan konsep ‘network planning’ bagi Seremban dan Kangar. Menerusi skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (‘SBST’) rakyat akan menikmati perkhidmatan yang lebih cekap dan boleh dipercayai. Skim ini akan dilancarkan pada bulan April bagi Seremban, manakala Perlis pada bulan Jun 2015. Skim ini juga dijangka akan diperkenalkan di Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuching pada tahun ini. Projek bernilai RM100 juta yang melibatkan lima ibu negeri ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Projek ini akan meningkatkan akses kepada perkhidmatan bas di kelima-lima bandar di mana bas henti-henti akan menjadi tunjang kepada sistem perkhidmatan awam. Menjelang 2020, projek ini dengan kerjasama rapat kerajaan negeri akan dilaksanakan di kesemua daerah di seluruh negara. Pada majlis pemeterian...