Beli tiket secara online ketika musim perayaan bagi mengelakkan kesesakan dan kesulitan - SPAD
PENGGUNA BAS EKSPRES DINASIHATKAN MENDAPATKAN TIKET MELALUI SISTEM ATAS TALIAN BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN SEMPENA CUTI MAULIDUR RASUL DAN HARI KRISMAS Kuala Lumpur, 22 Disember 2015: Pengguna perkhidmatan bas ekspres ke sektor Pantai Timur, Utara dan Selatan sempena cuti Maulidur Rasul dan perayaan Krismas yang ingin menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), dinasihatkan mendapatkan tiket melalui sistem atas talian dan mesin penjualan tiket (Ticket Vending Machine atau TVM). Bagi senarai portal dan laman sesawang syarikat-syarikat bas ekspres yang menawarkan pembelian tiket secara atas talian, pengguna boleh melayari http://www.spad.gov.my/ms/tiketBE . Bagi pengguna yang menuju ke Pantai Timur dari Hentian Jalan Pekeliling, mereka masih boleh membeli tiket secara atas talian daripada syarikat-syarikat bas yang beroperasi di hentian tersebut. Pembelian tiket secara awal, menggunakan TVM di TBS-BTS dan secara atas talian...