Laluan Merah dan Biru Bas GO KL disusun semula demi keselesaan.

PENAMBAHBAIKAN LALUAN MERAH DAN LALUAN BIRU BAGI PERKHIDMATAN BAS BANDAR GO KL KUALA LUMPUR: 23 September 2014 –Mulai 1hb Oktober 2014, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) akan menambahbaik Laluan Merah dan Laluan Biru perkhidmatan bas Bandar GO KL. Melalui penilaian prestasi yang telah dijalankan keatas kedua-dua laluan ini semenjak mula beroperasi, S.P.A.D telah mengambil keputusan untuk melaksanakan langkah penambahbaikan laluan Merah dan Biru ini demi meningkatkan kadar penggunaan perkhidmatan ke tahap yang optima. Langkah penambahbaikan ini merangkumi perubahan lokasi mula dan akhir laluan, penambahan perkhidmatan ke destinasi tumpuan orang ramai dan pemberhentian perkhidmatan ke destinasi yang kurang mendapat sambutan pengguna Go KL. Untuk makluman, perkhidmatan bas Bandar GO KL ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Ogos 2012 dengan dua (2) laluan sahaja iaitu Laluan Hijau dan Laluan Ungu dan kemudiannya Laluan Merah dan Laluan biru pada...